awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perlu kaji keupayaan untuk wujudkan satu platform politik baharu' - Muhyiddin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
26/06/2016
10:23 MYT
'Perlu kaji keupayaan untuk wujudkan satu platform politik baharu' - Muhyiddin
Muhyiddin (duduk, tengah) dan Mukhriz dan Puan Sri Noraini Abdul Rahman yang turut hadir di sidang media yang diadakan di Universiti Malaya petang ini. - Gambar Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin hari berkata satu platform politik baharu perlu diwujudkan untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa masih ada harapan untuk negara ini.
Muhyiddin ketika ditemui hari ini berkata beliau memerlukan masa untuk mengkaji keupayaan dan mendapatkan maklum balas bagi mewujudkan platform politik yang boleh diyakini rakyat.
"Saya ada idea. Saya memerlukan masa untuk mengkaji keupayaan dan mendapatkan maklumbalas bagi mewujudkan platform politik yang diyakini rakyat," kata Muhyiddin.
Menurutnya, buat masa ini tiada perancangan buat beliau dan ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Muhkriz Mahathir tidak akan menyertai mana-mana politik selepas pemecatan mereka dari parti tersebut pada Jumaat.
"Apabila keputusan sudah dibuat sejurus segala perkara dinilai dengan teliti, kami akan umumkannya," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di Pusat Alumni Universiti Malaya, di sini hari ini.
Sedutan Sidang Media Tan Sri Muhyiddin dan DS Mukhriz berhubung pemecatan mereka dari UMNO @501Awani pic.twitter.com/NkQDVSHM3E
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 26, 2016
"Kami akan ambil masa utk berbincang mengenai masa depan hala tuju kami," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 26, 2016
"Kami tidak pernah melanggar perjuangan UMNO. Kami hanya mengkritik Presiden," kata DS Mukhriz @501Awani
— Hafiz Marzukhi AWANI (@HafizAWANI) June 26, 2016
Sementara itu, Mukhriz menyifatkan tindakan pemecatannya sebagai tidak adil.
BACA: 'Selamat tinggal UMNO' - Muhyiddin Yassin
BACA: UMNO Johor akur pemecatan Muhyiddin, Mukhriz - Mohamed Khaled
BACA: Muhyiddin sepatutnya sudah lama dipecat - Mas Ermieyati
BACA: 'Saya tidak dapat makluman rasmi, hanya tahu menerusi berita' - Mukhriz
"Kita lihat tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di mana beliau mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri.
"Namun, tiada tindakan dikenakan keatasnya. Saya dan Tan Sri Muhyiddin hanya mengkritik Presiden. Kami tidak mengkhianati perjuangan UMNO," kata Mukhriz.
Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jumaat telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Muhyiddin yang memegang jawatan Naib Presiden UMNO dan Mukhriz.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedua-dua pemimpin UMNO itu telah berada sepentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti.
Muhyiddin dan Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis 'Deklarasi Mahathir' yang dianjurkan oleh kumpulan menuntut Najib meletakkan jawatan.
Sementara kedudukan Shafie yang juga naib presiden UMNO, dipersoalkan gara-gara kritikannya terhadap pentadbiran parti berkenaan serta beberapa isu lain.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Mukhriz Mahathir
#Satu platform politik baru perlu diwujudkan untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa masih ada harapan untuk negara ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan