Perwatakan serta tutur kata yang sopan ketika berinteraksi membuatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail disenangi masyarakat setempat.
Sudah menjadi kelaziman buat Mat Razi yang juga penyandang kerusi DUN tersebut bertemu masyarakat setempat di masjid serta kedai-kedai kopi apabila mempunyai waktu terluang meskipun bukan pada musim pilihan raya.
Ketika berkunjung ke beberapa kedai kopi pada waktu petang, beliau yang selesa berjubah serta berkopiah tidak kekok apabila disapa mesra oleh penduduk tempatan dengan panggilan 'ustaz'.
Seorang penduduk Jusoh Ibrahim, 70, jelas menaruh harapan agar wakil rakyat BN itu dapat mengekalkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
"Kita mahu wakil rakyat yang menjaga kebajikan penduduk. Sekarang kita dah ada Ustaz (Mat Razi) yang bagus kenapa kita perlu tukar lagi? Kekalkan yang ada," katanya kepada Bernama.
Panggilan ustaz cukup sinonim oleh penduduk setempat kerana Mat Razi adalah pengasas sebuah sekolah agama pondok berhampiran kediamannya di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor.
Mat Razi, 54, anak jati Kampung Ketil di sini, yang mempertahankan DUN Pengkalan Kubor pada PRU14, akan berdepan pertandingan tiga penjuru melibatkan Wan Roslan Wan Hamat (PAS) dan Wan Rosdi Mat Rasik (PKR).
Selesa turun padang bertemu penduduk tanpa sebarang protokol, Mat Razi sesekali mengambil peluang menyampaikan kepada rakyat bahawa hampir kesemua janji yang dibuat BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor yang lepas berjaya dilaksanakan.
Antara janji BN pada PRK Pengkalan Kubor ialah projek pembinaan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Kajang Sebidang di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
"Khidmat kami jelas terbukti, oleh itu tiada sebab untuk rakyat di kawasan ini untuk tidak menyokong BN," katanya yang memulakan karier politik sebagai Setiausaha UMNO cawangan Simpangan pada 1990.
Dalam pada itu, Mat Razi menegaskan politik fitnah dan politik persepsi yang digunakan pembangkang di media sosial untuk meraih undi tidak patut diamalkan.
"Prinsip politik saya, tidak sesekali memfitnah parti lawan tetapi fokus saya adalah beri khidmat serta penerangan kepada masyarakat mengenai dasar-dasar yang dibawa kerajaan sedia ada," katanya yang mengakui memilih pendekatan ceramah kelompok dalam usaha mengekalkan kerusi itu pada PRU14.
"Ceramah dilaksanakan di 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan ini, ceramah kelompok menjadi taruhan dalam menarik pengundi untuk kekal menyokong BN.
"Kita tidak mahu pengundi sedia ada beralih arah, saya juga sering bertanya apakah isu yang ada di setiap PDM, dan seterusnya menyelesaikan isu itu secara bersama," katanya.
Mengikut Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan pada 10 April 2018, DUN Pengkalan Kubor mempunyai 27,395 pengundi berdaftar dengan 92.32 peratus daripadanya adalah Melayu; Cina (0.93 peratus); India (0.15 peratus) dan lain-lain 3.73 peratus.
Terletak di pesisir Laut Cina Selatan, pekerjaan utama penduduk adalah nelayan, penjawat awam serta swasta, petani, penternak, pesawah dan buruh, dengan majoriti penduduk berbangsa Melayu, Cina, Siam dan lain-lain bangsa.
Dalam PRK Pengkalan Kubor pada 2014, Mat Razi memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 2,626 undi selepas memperoleh 9,961 undi, mengalahkan Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) yang mendapat 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Mat Razi bersalaman dengan penduduk kampung ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 di Kampung Pengkalan Kubor, 1 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).