awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH akan gagal selagi pemimpin tidak berhenti bergaduh sesama sendiri - PM

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2020
10:14 MYT
PH akan gagal selagi pemimpin tidak berhenti bergaduh sesama sendiri - PM
Dr Mahathir Mohamad tidak menolak PH 'boleh menjadi' kerajaan sepenggal, sekiranya perubahan tidak dilakukan. - Gambar fail Astro AWANI
Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan gagal sekiranya pergaduhan dalam kalangan sesama pemimpin tidak dihentikan, sekali gus mengikis kepercayaan rakyat, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri turut tidak menolak PH 'boleh menjadi' kerajaan sepenggal, sekiranya perubahan tidak dilakukan, lapor portal Bloomberg pada Isnin.
Dalam masa sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, beliau tidak 'begitu yakin' dengan generasi yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
"Mereka melihat dengan menjadi parti pemerintah, disebabkan kamu mempunyai kuasa, kamu boleh memperoleh apa sahaja.
"Kami katakan kepada mereka, sekiranya kamu parti yang memerintah, (dan) sistem masa kini adil kepada semua orang (sudah tentu) mereka (rakyat) juga boleh mengugut kamu dan kesudahannya kamu akan kehilangan sokongan," kata Dr Mahathir seperti dilaporkan portal itu.
Dalam laporan itu, Dr Mahathir turut menarik perhatian mengenai kekalahan PH dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang masih tidak diambil perhatian oleh pemimpin kerajaan hari ini.
"Kita kalah dalam banyak PRK, tetapi mereka masih tidak faham. Sebaliknya, masih bergaduh sesama sendiri, mereka memecahbelahkan rakyat dan kesemua mereka lemah," kata Dr Mahathir memberi teguran.
Dr Mahathir yang kembali menerajui negara sebagai Perdana Menteri kali kedua selepas gabungan PH di bawah pimpinannya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Mei 2018.
Susulan kejayaan PRU14, pentadbiran Dr Mahathir berhadapan dengan tugas berat kembali memulihkan negara yang terpalit dengan pelbagai isu termasuk skandal kewangan terbesar 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pentadbiran kerajaan PH juga terpaksa menilai dan menstruktur semula pelbagai kontrak kerajaan dalam usaha mengurangkan kos.
Topic Berkaitan
#Bloomberg
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pemimpin tidak berhenti bergaduh
#Perdana Menteri
#PH akan gagal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan