"Pakatan Harapan (PH) akan tingkatkan usaha untuk menangi semula hati rakyat."
Demikian luahan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang berpihak pada Barisan Nasional.
Tegasnya, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad, malah beliau sendiri dan kepimpinan PH akan memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat.
"Saya fikir bukan menyalahkan sesiapa tetapi tindakan harus diambil, kalau kita tidak dapat terima kenyataan ini, kesannya parah.
"Tentunya ada kesan apabila masalah bangkit dan ini bukan sahaja tanggungjawab Tun Mahathir untuk selesaikannya malah ia adalah tanggungjawab saya serta pimpinan PH untuk memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk menangi semula hati rakyat yang nampak terluka," katanya sebagai mengulas kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin dalam PRK Kimanis.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson ditemui pemberita semasa majlis sambutan Tahun Baru Cina di parlimen tersebut, Sabtu malam.
BACA: Kimanis kekal di tangan BN, peroleh majoriti lebih besar
Terdahulu, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.
Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya, calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dalam pertandingan satu lawan satu itu PRK kali ini.
Mohamad mendapat 12,706 undi, menewaskan Karim yang mendapat 10,677 undi.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020
Terdahulu, Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,029 undi.
Kakitangan MBAS direman bantu siasatan rasuah berkaitan penyelenggaraan kompleks renang
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar direman lima bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor.
Perut bulat bakar juadah unik berbuka puasa
Menu perut bulat bakar yang diolah daripada perut lembu antara hidangan yang menjadi tumpuan pengunjung di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar di Terengganu.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
"Saya berpuasa, Yang Berhormat berpuasa, jadi sabarlah!" - Azalina
"Kalau undang-undang ini tiada, kita takut apa yang berlaku terhadap Sulu dalam negara mungkin berulang kerana negara lain, bidang kuasa lain anggap kita tidak beri reciprocity terhadap kekebalan," jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said .
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
[TERKINI] 'Tempoh bulan madu hampir tamat' - Sultan Ibrahim
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk ketua negara.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja
Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.
RUU kekalkan kerajaan perlu untuk wujud kerajaan stabil, yakinkan pelabur - MB Perak
Cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengekalkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal perlu dilaksana untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.
Konvensyen pertama Kerajaan Perpaduan Perak, medium perkasa naratif kerajaan negeri
Antara inti pati yang akan dibincang oleh PH dan BN dalam konvensyen itu ialah usaha menyelesaikan permasalahan rakyat.