awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH Perak kutuk tindakan Faizal Azumu jatuhkan kerajaan terdahulu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/03/2020
05:17 MYT
PH Perak kutuk tindakan Faizal Azumu jatuhkan kerajaan terdahulu
Sehubungan itu, mereka menuntut Ahmad Faizal memohon maaf kepada rakyat negeri Perak serta Tun Dr Mahathir Mohammad atas kelakuan pengkhianatan itu. - Gambar fail
Pakatan Harapan (PH) Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjatuhkan kerajaan terdahulu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghianatan kerana menderhaka kepada mandat rakyat menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pelbagai kaum dan agama pada 9 Mei, 2018.
Sehubungan itu, mereka menuntut Ahmad Faizal memohon maaf kepada rakyat negeri Perak serta Tun Dr Mahathir Mohammad atas kelakuan pengkhianatan itu.
“Pakatan Harapan Perak juga menyatakan pendirian tidak akan mengiktiraf kerajaan pintu belakang yang gagal memperolehi mandat dari rakyat, sebaliknya membentuk kerajaan dengan cara mencuri kuasa bersama gabungan parti rasis yang telah kalah pada PRU-14 pada tahun 2018,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, selaras dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen, kesemua 27 ADUN PH akan berdiri teguh bersama pimpinan mereka.
Mereka juga menuntut persidangan Dewan Undangan Negeri khas diadakan segera untuk menentukan siapa yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Mereka juga akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis rampasan kuasa ini demi mempertahankan mandat rakyat.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Dewan Undangan Negeri Khas
#Mahathir Mohamad
#Malaysia 2020
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan