awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH tiada niat usik Perlembagaan - Saifuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2018
00:48 MYT
PH tiada niat usik Perlembagaan - Saifuddin
SAIFUDDIN: PH tidak ada niat untuk usik perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan malahan dalam manifesto, perjanjian kedudukan bahasa Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu akan dipertahankan. -Gambar fail
Kerajaan PH menjaga kepentingan agama dan semua kaum di negara ini.
Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata PH tidak seperti UMNO dan Pas yang hanya memperjuangkan satu kaum dan agama.
Malah katanya semua itu telah termaktub dalam manifesto PH.
"PH tidak ada niat untuk usik perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan malahan dalam manifesto, perjanjian kedudukan bahasa Melayu, Islam dan Raja-raja Melayu akan dipertahankan.
"Tetapi seandainya berlaku pertembungan politik antara PH yang pelbagai kaum serta agama dengan UMNO dan Pas yang hanya memikirkan soal satu agama, pilihannya di sini (PH).
"PH yang tetap perjuangkan kedudukan orang Melayu, Bumiputra, bahasa Melayu, Islam, Raja-raja Melayu tetapi pada waktu yang sama sangat inklusif dengan semua kaum dalam satu kepimpinan.
"Bermakna kita menjaga masa depan seluruh rakyat Malaysia melawan BN 2.0. UMNO sebagai Abang Long 'berkahwin' dengan Pas. Saya tak kata salah. Itu pilihan mereka," katanya ketika menyampaikan ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, malam tadi.
Menurut Saifuddin yang juga Menteri Luar Negeri, menjaga kepentingan agama lain juga merupakan sunnah dibuat Nabi Muhammad SAW.
"Kita tahu Islam itu 'rahmatan lil alamin'. Nabi SAW menunjukkan jalan bagaimana umat Islam wajib menjaga kepentingan kaum lain dan agamanya.
"Ini sunnah yang ingin kita sambung, tentunya dengan kaedah berbeza pada zaman dan tempat yang berbeza. Tetapi kumpulan lagi satu nampak gayanya dia nak menjaga hanya kumpulan mereka sendiri, kaum serta agama tertentu sahaja," katanya.
Katanya, selepas kekalahan pada PRU14, UMNO meneruskan hayatnya dengan berkawan rapat bersama Pas hinggakan parti Islam itu memberi laluan kepada Umno dan tidak bertanding pada PRK kali ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bumiputra
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRU14
#Saifuddin Abdullah
#sungai kandis
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan