USAI sahaja majlis Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914), beberapa orang sahabat bertanyakan sama ada penyatuan tersebut atas kepentingan politik Melayu atau persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15? Saya mengiayakan apa yang ditanya bersama tambahan jawapan demi Islam dan bukan Islam juga.
Ternyata, HPU ini menusuk kalbu banyak pihak hingga ada yang menitiskan air mata kerana terharu bahawa orang Melayu sudah mula bersatu. Tidak kurang juga ada yang melabel piagam ini sekadar memaparkan ‘sijil nikah kerana telah bersekedudukan’ sebelum ini. Apa pun komen yang diberikan, itu semua hak masing-masing. Berilah apa pun analogi, semua itu permainan politik sebagai tindak balas membentuk persepsi baharu dalam pemikiran rakyat.
Sebagai ahli politik yang matang, seharusnya Piagam Muafakat Nasional (PMN) perlu dilihat dalam perspektif politik masyarakat Malaysia. Hal ini bererti amalan demokrasi sedang berkembang subur dan halu tuju politik negara bersifat dinamik mengikut peredaran masa. Dengan erti kata lain PMN bukanlah ancaman kepada keselamatan negara atau pemecah belah perpaduan rakyat, tetapi platform baharu parti pembangkang untuk merejuvinasi parti mereka.
Menggerunkan kerajaan Pakatan Harapan
Ternyata, HPU yang melahirkan PMN bakal memberi impak negatif dan menggerunkan pihak kerajaan. Kehadiran 50,000 ahli dan penyokong menyebabkan kerajaan PH berada dalam ‘gayat’ dan resah. Seawal jam 8 pagi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dipenuhi ahli dan penyokong berbaju putih, bersongkok dan bertanjak. Semua ini adalah solidariti yang bakal memberi isyarat bahawa kedua-dua parti pembangkang ini mula mengatur langkah sebagai persediaan PRU15.
Seharusnya, pihak kerajaan tidak melatah akan himpunan ini. Himpunan ini bukanlah seperti demonstrasi 1998, Bersih atau ICERD yang menuntut kerajaan ‘memagar’ peserta dengan Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Sebaliknya, himpunan ini sekadar pengisytiharan kesepakatan mereka kepada umum berkaitan hala tuju masa depan politik pembangkang. Ianya berlansung secara aman di tengah kota kosmopolitan dan ibu negara Malaysia. Bahkan tarikh yang dipilih 14 September 2019, iaitu dua hari menjelang ulang tahun Hari Malaysia adalah simbolik himpunan ini untuk semua rakyat Malaysia.
Niat suci dan ikhlas
Salahkah dua parti yang didominasi oleh orang Melayu bersatu dan membentuk blok politik bersama? Wajarkah blok politik ini dilabel sebagai bersifat perkauman sedangkan ia tidak mengetepikan kepentingan sah kaum-kaum lain? Hinakah UMNO dan PAS jika berpegang kepada maksud firman Allah SWT, ayat ke-2 Surah Ali Imran, “Dan bekerjasamalah dalam perkara yang baik dan takwa, dan janganlah bekerjasama dalam perbuatan-perbuatan dosa lagi menganiayai”.
Hakikatnya, ini hanyalah andaian dan persepsi yang tidak berasas. Pengakuan sebagai ‘adik-beradik’ menandakan kedua-dua parti bersedia menamatkan perseteruan. Berkeupayaan melupakan persengketaan politik adalah jalan bijak untuk membina kekuatan bersama. Tidak lagi mengungkit cerita-cerita lama ketika ‘bermusuh’ adalah tanda hati sudah bersih dan ikhlas demi kerukunan bersama.
Ahli dan penyokong perlu merestui hasrat ini tanpa curiga. Pelbagai program perlu disusun bersama agar nampak kesepakatan dan kesepaduan. Paling penting, setiap ahli dan pendokong piagam ini tidak perlu melayan komen-komen liar dan tidak beretika hingga boleh mengakibatkan piagam ini nampak longgar di mata rakyat. Yang penting, sama-sama tumpukan perhatian ke arah merealisasikan agenda piagam. Dan ingatlah, “sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujarat: 10).
Menjunjung Perlembagaan Persekutuan
PMN bukan untuk orang Melayu dan yang beragama Islam sahaja. Tidak ada diskriminasi kepada mereka yang bukan Melayu atau bukan Islam. Sebaliknya, pembentukan PNM adalah berpaksikan Piagam Madinah yang bersifat inklusif dan berteraskan keadilan tanpa mengira agama, kaum dan budaya. Dalam hal ini, PMN adalah gagasan yang sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Malahan, PNM akan tetap berpegang kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama ketika negara mencapai kemerdekaan. Andai terdapat lompong akan ditambah baik demi kesejahteraan dan keharmonian kaum.
Sebagai parti yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan, hak dan kepentingan sah kaum-kaum lain tidak akan dipinggirkan. Sebagai contoh, dalam soal kegamaan piagam ini tidak akan menafikan jaminan Perkara 3, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai serta Perkara 11 yang juga berkaitan kebebasan beragama. Begitulah juga dengan perkara 12 yang memberi jaminan dalam soal pendidikan tidak sekali-sekali dilanggar hanya kerana kepentingan orang Melayu.
Selain berteraskan ummah dinniyah (umat keagamaan), kerangkannya juga berbingkai ummah siyasiyyah yang disulam semangat qabul al-akhar (menerima orang lain) untuk hidup secara damai dan harmonis. Pendek kata, sekalipun mereka bukan orang Melayu dan sesetengahnya bukan beragama Islam, hak mereka sebagai warganegara Malaysia perlu dipelihara.
Pengalaman demi kelangsungan ‘bangsa Malaysia’
Kata pepatah, ‘jauh perjalanan, banyak pengalaman’. Di peringkat Persekutuan, pengalaman UMNO sebagai peneraju negara selama 60 tahun dan pengalaman Pas sebagai pembangkang sejak tahun 1955 pasti mempunyai banyak kelebihan dalam usaha merencanakan masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Sementara di peringkat negeri, sama ada UMNO atau PAS, kedua-duanya telah menjiwai sebagai kerajaan dan pembangkang. Inilah keunikan dan nilai tambah gabungan ini dan tidak ada pada parti-parti politik Pakatan Harapan sekarang. Sekaligus, gabungan pengalaman dan asam garam mengharungi pelbagai rencah dan resam politik akan lebih meyakinkan rakyat untuk menerajui negara. Sesungguhnya, penyatuan ini bakal memberi impak besar kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia.
Sekalipun piagam ini berpaksikan orang Melayu dan anak negeri, ia tidak pernah manafikan konsep ‘bangsa Malaysia’ yang diketengahkan melalui Wawasan 2020. Sekalipun idea ini adalah cetusan YAB Tun Dr Mahathir Mohammad, yang baik tetap diterima. Ertinya, berbeza ideologi politik bukanlah ‘mengharamkam’ segala idea yang baik. Bahkan, ia perlu menjadi teras dan panduan dalam melakar pelbagai dasar dalam menjamin integrasi dan perpaduan rakyat. Justeru, ia wajar diteruskan atas sifat kemajmukan masyarakat Malaysia.
Cabaran masa depan
Namun, di sebalik keghairahan merealisasikan PMN ini pasti ada cabaran dan rintangan. Beberapa persoalan perlu dibangkitkan sebagai percambahan idea bersama. Pertama, adakah masyarakat bukan Melayu benar-benar boleh menerima ta’awun ini?; Kedua, apakah usaha-usaha UMNO – PAS untuk menyakinkan MCA, MIC dan rakan-rakan Barisan Nasional bahawa mereka akan mendapat manfaat hasil daripada ta’awun ini?; Dan ketiga, adakah ahli dan penyokong dapat menerima dengan ‘suci hati’ dalam tempoh jangka panjang atau sekurang-kurangnya ketika PRU15?
Ini semua perlu diperhalusi agar piagam ini berada di atas landasan yang betul. Tidak molek kita melakar sesuatu yang sifatnya ‘suci di dalam debu’. Mahu tidak mahu hal ini perlu diteliti dan semua pihak perlu besikap terbuka serta berlapang dada dalam apa juga aspek demi merealisasikan ta’awun ini apatah lagi ia melibatkan kepercayaan dan sokongan rakyat.
Sekurang-kurangnya PMN mengingatkan kita musibah yang bakal diterima akibat tiada kesepakatan (wahdatul fikr dan wahdatul amal). Runtuhnya Kerajaan Islam Andalusia pada 1492 M, Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 dan Empayar Turki Uthmaniyah pada 1924. Malahan, pada hari ini persengketaan puak berterusan di Iraq, Libya, Syiria, dan Yaman lantaran gagal ‘berpegang kepada tali Allah’ seperti yang digariskan dalam al-Quran dan al-hadis.
Justeru, janganlah kita mengambil mudah melabel ta’awun ini bermotifkan kepentingan politik samata-mata, sebaliknya perlu dilihat sebagai wadah baharu penyatuan orang Melayu tanpa mengetepikan kerjasama dengan bukan orang Islam.
Selamat Ulang Tahun Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
* Penulis merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Perak
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semstinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria
Tue Sep 17 2019
Penulis berpendapat, HPU yang melahirkan Piagam Muafakat Nasional bakal memberi impak negatif dan menggerunkan pihak kerajaan dan kehadiran 50,000 ahli dan penyokong menyebabkan kerajaan PH resah. - Gambar fail
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.
Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Titah Sultan Sharafuddin kukuh perpaduan amat wajar - Ramanan
Katanya, titah Sultan Sharafuddin itu tepat bahawa Malaysia perlu berbangga dengan latar belakang berbilang kaum dan ia harus dipertahankan.
Bekas ahli politik Sepanyol ditembak di muka
Mangsa hanya cedera selepas insiden pada jam 1.30 tengah hari itu dan beliau dibawa ke hospital untuk tujuan rawatan.
Anugerah darjah kebesaran, Sultan Nazrin bersifat terbuka - Mohd Zahidi
Mohd Zahidi berkata, situasinya berbeza berbanding sekitar dua atau tiga tahun lalu.
Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.
'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.