awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya Sarawak: 'Kami akan pastikan pertandingan satu lawan satu' - Azmin

Tan Su Lin
Tan Su Lin
28/11/2015
11:14 MYT
Pilihan raya Sarawak: 'Kami akan pastikan pertandingan satu lawan satu' - Azmin
Azmin (gambar) berkata PKR akan berbincang dengan parti-parti pembangkang yang ingin bertanding bagi mengelak pertindihan kerusi. -Gambar fail
Pakatan Harapan mengulangi pendirian untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata PKR akan berbincang dengan parti-parti pembangkang yang ingin bertanding bagi mengelak pertindihan kerusi.
"Kami ingin mengulangi prinsip pertandingan satu lawan satu dalam mana-mana pilihan raya, tetapi ia perlu melalui proses rundingan dalam Pakatan Harapan dan parti-parti lain seperti PAS.
"Saya tidak fikir boleh simpulkan apa yang akan berlaku pada pilihan raya seterusnya, tetapi Parti Keadilan Rakyat akan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan semua parti tetapi prinsipnya kekal iaitu memastikan pertandingan satu lawan satu," katanya pada sidang media Kongres Nasional PKR di sini, hari ini.
Mengulas mengenai syarat ditetapkan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa PAS sedia bekerjasama dengan PKR dengan syarat parti Amanah tidak dibenarkan bertanding melawan PAS.
Namun menurut Azmin, belum ada kata putus berhubung perkara itu.
"(Perkara ini) tidak pernah dibincangkan. Apa sahaja cadangan tentang formula untuk sertai pilihan raya perlu dibincangkan semua parti. Setakat ini, belum ada perbincangan lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah
#PAS
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan