awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Sarawak: Shiak Ni sifatkan DAP kurang bijak calonkan Abdul Aziz di Batu Kitang

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/04/2016
07:40 MYT
Pilihan Raya Sarawak: Shiak Ni sifatkan DAP kurang bijak calonkan Abdul Aziz di Batu Kitang
Shiak Ni yang pada masa sama kecewa dengan keputusan DAP di saat akhir itu menyifatkan ia merupakan satu cabaran dalam karier politik beliau.
Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Voon Shiak Ni menyifatkan DAP tidak wajar mencalonkan satu-satunya wakil Melayu DAP, Abdul Aziz Isa di kerusi tersebut.
Shiak Ni yang pada masa sama kecewa dengan keputusan DAP di saat akhir itu menyifatkan ia merupakan satu cabaran dalam karier politik beliau.
"Ia merupakan satu langkah (mencalonkan Abdul Aziz) yang kurang bijak kepada mereka (DAP) untuk bertanding di situ. Namun, saya mengambilnya sebagai cabaran dalam karier politik saya. Keputusan (DAP) itu bukan hanya mengecewakan kami (PKR) malah mengecewakan penyokong dan pengundi.
"Selepas kerjasama yang lama antara PKR dan DAP, saya sedih, kami terpaksa bertanding antara satu sama lain pada PRN ini.
"Satu lagi perkara yang saya ingin tegaskan, mungkin mencalonkan Abdul Aziz di situ (Batu Kitang) adalah satu perkara yang tidak wajar, sangat tidak wajar," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, pertembungan sesama DAP dan PKR di Batu Kitang telah menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan pengundi bahawa tidak wujud kesefahaman dalam pakatan tersebut.
Abdul Aziz yang sepatutnya bertanding di DUN Stakan dicalonkan pada saat akhir di DUN Batu Kitang.
Dikatakan tindakan DAP meletakkan Abdul Aziz di Batu Kitang sebagai tindak balas terhadap keputusan PKR Sarawak menurunkan calon parti berkenaan di kerusi-kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Kawasan DUN Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz, Shiak Ni (PKR) dan dua lagi calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Topic Berkaitan
#DAP
#Pakatan Harapan
#pilihan raya Sarawak
#PKR
#PRN-11
#sarawak2016
#Shiak Ni
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan