Tutup

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11: DAP umum nama 10 daripada 29 calon

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11: DAP umum nama 10 daripada 29 calon
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengumumkan nama 10 daripada 29 calonnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11. -Gambar fail
KUCHING: DAP mengumumkan nama 10 daripada 29 calonnya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen membuat pengumuman tersebut di majlis mobilisasi jentera parti di ibu pejabat parti di Kuching.
Selain beliau yang akan mempertahankan kerusi Kota Sentosa, sembilan calon lain adalah Mordi Bimol (Tasik Biru), Wong King Wei (Padungan), Violet Yong (Pending), Christina Chiew (Batu Kawah), Abdul Aziz Isa (Stakan), Sanjan Daik (Mambong), Andrew Edward Luak (Bukit Semuja), Andrew Nyabe (Kedup) dan Leon Jimat (Simanggang).

Turut hadir ketika majlis tersebut adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Naib Presiden Chow Kon Yeow serta Bendahari Kehormat Fong Kui Lun.
DAP akan bertanding di 29 kerusi DUN Sarawak pada PRN kali ini.

Selain daripada 14 kerusi majoriti kaum Cina, DAP juga akan bertanding di 14 kerusi majoriti kaum Dayak serta 1 kerusi majoriti kaum Melayu.