awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
Ringgit kukuh berbanding dolar AS berikutan daya tahan ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihanraya Sarawak: Pengundian awal bermula 8 pagi

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2016
23:26 MYT
Pilihanraya Sarawak: Pengundian awal bermula 8 pagi
PRN-11 menyaksikan perebutan 82 kerusi Dun termasuk 11 kerusi baharu. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) bermula pukul 8 pagi.
Sejumlah 24,604 pemilih terdiri daripada anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan mengundi awal di 79 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) hari ini.
Sebanyak 33 pusat pengundian akan ditutup pada 2 petang dan selebihnya 46 pusat akan ditutup 5 petang, berdasarkan kepada bilangan pengundi di pusat-pusat berkenaan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada Isnin berkata proses pengundian akan berlangsung di 100 saluran mengundi.
Jumlah itu bagaimanapun tidak melibatkan 418 pengundi awal di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Kota dan Bukit Sari yang tidak dipertandingkan.
Menurutnya, kesemua kertas undi itu hanya akan dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa 7 Mei ini yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi ditetapkan oleh SPR.
Katanya, dakwat pilihan raya akan digunakan bagi proses pengundian awal dan ia akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa oleh petugas SPR.
Abdul Ghani berkata, pada PRN kali ini, 1,138, 650 pemilih layak membuang undi Sabtu ini.
PRN-11 menyaksikan perebutan 82 kerusi Dun termasuk 11 kerusi baharu.
Pada hari penamaan calon 25 April lalu, BN menang tanpa bertanding di Bukit Kota melalui penyandang Abdul Rahman Ismail dan kerusi Dun Bukit Sari oleh penyandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Topic Berkaitan
#pengundian awal
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan