awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihanraya Sarawak: PKR tolak tawaran DAP, tidak beri laluan mudah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/04/2016
07:05 MYT
Pilihanraya Sarawak: PKR tolak tawaran DAP, tidak beri laluan mudah
Keputusan PKR yang diumumkan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar (kanan) itu sekaligus memberi indikasi bahawa parti itu tidak akan memberi laluan kepada DAP. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak menarik pencalonan di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlaku pertembungan antara parti itu dan DAP.
Keputusan PKR yang diumumkan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar itu sekaligus memberi indikasi bahawa parti itu tidak akan memberi laluan kepada DAP.
"Tiada sebab untuk meminta kami menarik semula calon kita di lima kerusi dengan pertukaran di Batu Kitang.
"Dalam apa jua keadaan, calon kami tidak akan menarik diri semata-mata untuk memberi laluan kepada calon DAP untuk bertanding," kata Xavier dalam satu sidang media di sini hari ini.
PKR akan teruskan agenda, yakin pengundi bijak @501Awani pic.twitter.com/vXMWC9W7XH
— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) April 27, 2016
Jelas Xavier lagi, setiap calon yang ditampilkan PKR mempunyai kelebihan tersendiri sekaligus mampu mengalahkan musuh utama mereka, Barisan Nasional (BN).
"Kita akan teruskan agenda kita di dalam Sarawak ini sekaligus untuk kemenangan calon-calon kita di semua kawasan.
"Saya tahu pengundi-pengundi Sarawak ini bijak, mereka akan faham situasi yang lebih dalam dengan memberi harapan mereka (pengundi) akan membuat satu keputusan yang akan kita nampak nanti pada 7 Mei," ujar Xavier.
Tambah Xavier, semua calon PKR telah lama memulakan gerak kerja, bertemu rakyat sejak lama lagi dan pengundi boleh menilai calon mana yang lebih layak.
Semalam, calon PKR di DUN Batu Kitang, Voon Shiak Ni menyifatkan pencalonan Abdul Aziz Isa di kerusi yang ditandinginya merupakan satu langkah yang tidak wajar.
Dikatakan tindakan DAP meletakkan Abdul Aziz di Batu Kitang sebagai tindak balas terhadap keputusan PKR Sarawak menurunkan calon parti berkenaan di kerusi-kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Kawasan DUN Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz, Shiak Ni (PKR) dan dua lagi calon Bebas, Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Topic Berkaitan
#DAP
#pilihan raya Sarawak
#PKR
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan