Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik

PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Tian Chua mengesahkan menerima surat tersebut namun tidak menjelaskan sama ada akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PKR itu. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Naib Presidennya, Chua Tian Chang atau Tian Chua meletak jawatan sebagai sebagai pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) atau berdepan tindakan tegas, lapor The Malaysian Insight.

Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Selain arahan supaya Tian Chua meletak jawatan, surat itu juga memaklumkan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 28 Jun lalu yang memutuskan bekas ahli parlimen Batu itu dikenakan amaran.

Selasa lalu, Tian Chua yang dilantik sebagai Pengerusi MPC oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 26 April tahun lepas, melancarkan Laporan Produktiviti Nasional 2020 bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas timbalan presiden PKR.
Mesyuarat MPP PKR pada 28 Jun lalu memutuskan Tian Chua dan dua yang lain, iaitu Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang Carolyn Khor dan Adun Machap Jaya Datuk Ginie Lim diberi amaran.

Manakala lima pemimpin PKR yang dikatakan rapat dengan kumpulan Azmin dipecat.

Antara yang dipecat ialah ketua Wanita PKR yang juga Adun Lembah Jaya Haniza Talha; ketua Wanita PKR Sabah Rahimah Majid; ketua Wanita PKR Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria; dan dua Adun Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal).

Difahamkan Tian Chua mengesahkan menerima surat tersebut namun tidak menjelaskan sama ada akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PKR itu.


Tag: Parti Keadilan Rakyat, PKR, Chua Tian Chang, Tian Chua, Majlis Pimpinan Pusat, MPP, Saifuddin Nasution Ismail, Perbadanan Produktiviti Malaysia, MPC, Mohamed Azmin Ali, Ginie Lim, Haniza Talha, Afif Bahardin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.