Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat (PR) setelah DAP mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud berikutan resolusi Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Keputusan tentang perkara itu sepatutnya dibuat pada mesyuarat mingguan biro politik PKR di ibu pejabat parti itu di sini malam tadi seperti yang diumumkan terdahulu oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Mesyuarat itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak beliau, Nurul Izzah Anwar, yang juga naib presiden PKR, Rafizi dan beberapa pemimpin lain.
Mesyuarat yang bermula pada 8.30 malam itu dibuat liputan oleh berpuluh pemberita tempatan dan luar negara.
Sehingga 11.45 malam ini, mesyuarat itu belum berakhir.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah "membunuh" Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat, pakatan longgar antara DAP, PAS dan PKR, ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.
Awal bulan ini, Muktamar PAS ke-61 meluluskan resolusi agar parti itu memutuskan hubungan dengan DAP setelah DAP secara rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi kerana mendakwa pemimpin PAS itu tidak berbincang dengan anggota Pakatan Rakyat lain mengenai rancangannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
PAS pula mendakwa para pemimpin DAP menyerang kepimpinan Abdul Hadi dan ini mendorong parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.
Lim juga menyebut beberapa peristiwa besar sebelum ini, termasuk krisis Menteri Besar Selangor dan keputusan yang dicapai dalam Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, yang telah dicabuli Abdul Hadi hingga menyebabkan pakatan itu hampir lumpuh.
Beliau bagaimanapun berkata DAP akan terus bekerjasama dengan PKR dan pihak lain bagi menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Bernama
Wed Jun 17 2015
PKR belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda PR setelah DAP mengumumkan gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.