awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Buat kelainan, keluar BN dan tubuh blok baharu Sabah Sarawak' - Dr Wan Azizah

Tan Su Lin
Tan Su Lin
28/11/2015
10:53 MYT
'Buat kelainan, keluar BN dan tubuh blok baharu Sabah Sarawak' - Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah (gambar) percaya gagasan berkenaan akan menjadikan suara dari Sabah dan Sarawak lebih kuat di Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat di dua negeri itu. -Gambar fail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar 47 ahli parlimen Sabah dan Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan "Gagasan Baru Sabah dan Sarawak".
Cadangan itu dilontarkan dalam ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR ke-11 di Shah Alam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu percaya gagasan berkenaan akan menjadikan suara dari Sabah dan Sarawak lebih kuat di Dewan Rakyat demi memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyat di dua negeri itu.
Ujar Wan Azizah, dengan penubuhan gagasan baharu itu, mereka boleh berunding dengan BN dan Pakatan Harapan untuk tawaran politik serta ekonomi terbaik untuk rakyat kedua-dua negeri itu.
"Mereka mempunyai kerusi yang boleh membuat kelainan kepada apa sahaja keputusan sama ada di pihak BN atau sesiapa sahaja.
"Jadi ini satu syor kalau blok Sabah dan Sarawak boleh membuat kelainan apabila mereka kata 'okey, kami kumpulan bebas' dan menuntut agar mereka didengari; ini menjadikan mereka satu suara lebih kukuh," katanya pada sidang media Kongres Nasional PKR di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut mengulangi gesaan kepada semua anggota parti supaya bersedia untuk berdepan dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun depan.
Topic Berkaitan
#Gagasan Baru Sabah dan Sarawak
#PKR
#Sabah dan Sarawak
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan