PKR mahu Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan secara bersemuka kepada pucuk pimpinan berhubung ketidakhadirannya di mesyuarat dan perjumpaan parti, sebelum tindakan diambil terhadapnya.
Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri.
"...tapi memandangkan beliau tidak hadir, maka kita perlu tunggu untuk maklumat lanjut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik PKR di sini malam ini.
Mohamed Azmin dan Naib Presiden Zuraida Kamarudin tidak menghadiri mesyuarat itu.
BACA: Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR
BACA: "Pembangkang pun jumpa Mahathir, Anwar" - Shahidan ulas pertemuan MP BN dengan Azmin
BACA: Azmin buka mulut, mesyuarat dengan pembangkang katanya perkara biasa
BACA: Perjumpaan dengan pembangkang: Azmin perlu beri penjelasan - Anwar
Ahmad Fahmi berkata sehingga kini, tiada sebarang tindakan disiplin ataupun surat tunjuk sebab diberikan kepada Ahli Parlimen Gombak berikutan ketidakhadirannya dalam mesyuarat parti.
Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik sejak pemilihan parti pada November 2018.
Ahmad Fahmi berkata walaupun sebelum ini, terdapat kes pemimpin parti dikenakan tindakan disiplin kerana tidak hadir mesyuarat dan perjumpaan, tetapi kes Mohamed Azmin adalah 'berbeza'.
Mengulas pertemuan Mohamed Azmin dengan sekumpulan Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang di kediaman rasminya pada Isnin, Ahmad Fahmi berkata perkara itu juga memerlukan penjelasan Mohamed Azmin sendiri.
Menyentuh desakan beberapa NGO yang mahu Naib Presiden Tian Chua kembali menjadi wakil rakyat di Parlimen Batu, Ahmad Fahmi berkata setakat ini, PKR dimaklumkan yang Tian Chua tidak akan berbuat demikian.
Baru-baru ini, 14 NGO mencadangkan supaya Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Tian Chua bertanding semula di kawasan itu, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Nov yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019
Ahmad Fahmi (gambar) berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri. -Gambar fail
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
[TERKINI] Sultan Ibrahim murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan sarung kaki atau stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
'Saya pun puasa YB' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila pembentangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asinng 2023 dicelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan status quo Perdana Menteri dalam RUU itu.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 lulus di Dewan Rakyat
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Fahmi Fadzil bentang 'kad laporan pencapaian'
Antara pencapaiannya termasuk melaksanakan projek tabung makanan (food bank) dan program 'Ikan Segar Harga Berpatutan' untuk bantu golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.
Isu tidak cukup kuorum usaha memperlekeh kerajaan PH - Fahmi Fadzil
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata tidak timbul Ahli Parlimen tidak mencukupi dan jadual kehadiran kini sedang ditambah baik.
PKR mahu Azmin bersemuka, beri penjelasan - Fahmi
Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata PKR masih membuka ruang perbincangan dan menunggu maklumat daripada Mohamed Azmin sendiri.
E-hailing motosikal: Garis panduan dibentang ke Kabinet minggu ini
Garis panduan bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing motosikal, teksi motosikal serta sistem penghantaran makanan akan dibentangkan ke Kabinet pada minggu ini.
Kerajaan rangka undang-undang lindungi pekerja 'gig economy'
Kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ahmad Maslan kecut perut, beri laluan Tun Mahathir mencelah
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kali bangkit berdiri mencelah dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
Harimau Malaya pupus dalam masa 10 tahun - Dr Xavier
Sekiranya tidak diamil tindakan drastik, harimau Malaya ini dalam lima tahun ke 10 tahun akan hilang selama-lamanya.
Kesihatan Anwar bukan masalah untuk tanding presiden - Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi menyokong cadangan Dr Afif Bahardin supaya Anwar bertanding sebagai presiden, menyatakan ia akan membuka laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.