PKR Pahang memberi sokongan 100 peratus kepada presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Fuziah Salleh.
Beliau berkata ketika ini kesemua 14 cabang PKR di negeri berkenaan memberi sokongan ke atas perkara itu supaya ia menjadi realiti bagi membolehkan parti itu memberi lebih tumpuan kepada gerak kerja dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
"Kita berdoa supaya kita dapat melihat presiden kita sebagai perdana menteri kelapan dan negeri Pahang memberi sokongan 100 peratus terhadap perkara itu," katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Negeri Pahang di Dewan Datuk Zaharuddin Abu Kassim Kampung Peragap, di sini, pada Jumaat.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Kuantan itu turut mengajak pimpinan PKR di setiap peringkat di negeri berkenaan supaya membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang parti sokongan mereka.
"Janganlah memilih-milih dalam membantu rakyat yang memerlukan... sebagai contoh janganlah jika mereka datang daripada UMNO, kita tidak tanda tangan permohonan bantuan mereka," katanya.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Pengarah Konvensyen Nasional dalam ucapannya mengingatkan kepentingan parti untuk berusaha menunaikan janji pada pilihan raya umum lalu, untuk terus mendapatkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
"Jika kita tidak berjaya sampaikan, rakyat akan menghukum kita dan jika boleh, kita akan terus memperoleh kejayaan... bukan hanya kita dapat kekalkan Putrajaya, tetapi kita juga dapat merampas Pahang," katanya.
Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata walaupun PRU-15 sukar ekoran 'perkahwinan UMNO-PAS' namun beliau yakin tidak mustahil Pahang boleh dirampas dari pentadbiran Barisan Nasional, jika isu yang membelenggu rakyat negeri ini boleh ditangani.
Antaranya, beliau merujuk kepada isu peneroka Felda yang merupakan kumpulan pengundi penting di Pahang, yang mana pimpinan parti perlu turun ke peringkat akar umbi untuk merungkai kekusutan dalam isu seperti menghapuskan hutang.
"Soal ekonomi juga penting kerana ramai rakyat Pahang yang berhijrah dan kita perlu ada jawapan pada soal ekonomi seperti peluang pekerjaan dan gaji yang sewajarnya.
Kita kena ubah struktur ekonomi untuk beri penyelesaian kepada orang muda dan dalam isu ini, kita tidak boleh nak menyalahkan sesiapa kerana kita kini berada di peringkat Persekutuan," katanya.
Nik Nazmi juga berkata penting untuk pimpinan parti mula mencari pelapis muda khususnya yang berusia dalam lingkungan 20-an bagi mendekati pengundi muda, yang kini masih bersekolah dan akan didaftarkan secara automatik pada usia 18 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 08 2019
Anwar menyampaikan ucapan ketika hadir pada Konvensyen Keadilan Negeri Pahang Ke-20 di Dewan Zaharuddin Abu Kassim Kampung Peragap, Temerloh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.