awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR tidak akan serah kerusi menang kepada komponen

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/05/2017
13:16 MYT
PKR tidak akan serah kerusi menang kepada komponen
SAIFUDDIN: Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya kepada rakan pembangkang lain.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan ia merupakan amanat daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada parti itu untuk berunding mengenai pengagihan kerusi PRU akan datang.
Katanya, ia termasuklah kerusi-kerusi yang hampir menang atau kalah tipis, juga tidak akan diserahkan kepada sesiapa.
"Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.
"Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh bagi kepada sesiapa. Ini akan menjadi amanah kepada pimpinan bila masuk ke peringkat rundingan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-14 di sini hari ini.
Pada masa sama, Saifuddin turut mencadangkan supaya semua calon parti yang terpilih mewakili parti dalam PRU supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.
"Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia untuk mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli parlimen dan elaun dari kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada. Saya bersedia.
"(Ia) supaya calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih dari warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya.
Topic Berkaitan
#komponen
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan