awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR umum 15 calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang

Bernama
Bernama
07/12/2015
00:00 MYT
PKR umum 15 calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang
PKR meletakkan calon-calon yang profesional dan berkelayakan dan telah bergerak di peringkat akar umbi. - Gambar fail
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad mengumumkan kumpulan pertama 15 calon keutamaannya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.
Naib Presidennya Dr A. Xavier Jayakumar berkata calon-calon itu dipilih daripada sejumlah 45 orang calon tentatif.
Beliau berkata semua calon adalah dari kalangan profesional dan berkelayakan, telah bergerak di peringkat akar umbi untuk membuktikan kemampuan mereka.
Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan).
"Kami akan mengumumkan kumpulan seterusnya calon dalam masa terdekat," kata beliau pada sidang media semasa majlis makan malam dan mesyuarat PKR di sini.
Topic Berkaitan
#Kuching
#Parti Keadilan Rakyat
#Pilihan Raya Negeri Sarawak
#PKR
#Sarawak
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan