awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Najib, 11 dan pembubaran parlimen

Bernama
Bernama
06/04/2018
14:19 MYT
PM Najib, 11 dan pembubaran parlimen
adalah Menteri Besar Pahang ke-11 dan bergelar Orang Kaya Indera Shah Bandar Ke-11. - fotoBERNAMA
Ramai yang dapat mengesan betapa angka 11 mempunyai tempat yang amat istimewa di hati Datuk Seri Najib Tun Razak - yang sememangnya diketahuai ramai merupakan angka kegemaran beliau - apabila beliau memilih tarikh bagi pembubaran Parlimen.
Ketika mengumumkan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa esok, Perdana Menteri nampaknya menggemari angka itu memandangkan esok adalah 7 April dan apabila 4 dicampur 7, maka jumlahnya ialah 11.
Berdasarkan logik yang sama, sesetengah orang terus meramalkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 berkemungkinan akan diadakan pada 29 April, yang sekali lagi akan menyaksikan kewujudan angka 11 iaitu jumlah yang akan didapati apabila 2 dicampur dengan 9.
Najib pernah menjelaskan kenapa 11 begitu istimewa bagi beliau - Allahyarham ayahanda beliau, Tun Abdul Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922; bondanya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933; anak sulung beliau juga lahir pada 11 haribulan dan UMNO diasaskan pada 11 Mei 1946.
Najib pula adalah Menteri Besar Pahang ke-11 dan bergelar Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11.
Menurut laporan, beliau mempunyai kenderaan rasmi yang menggunakan nombor pendaftaran khas dengan angka 11. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bubar
#Malaysia Memilih
#Najib Razak
#Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11
#Parlimen ke-13
#Perdana Menteri
#pilihan raya umum
#PRU14
#Razak Hussein
#Tun Rahah Noah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan