Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiada kepentingan peribadi dalam UMNO apabila mengambil keputusan membuka peluang kepada ahli-ahli parti di peringkat cawangan dan bahagian untuk pemilihan jawatan presiden.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, jika Najib mengamalkan sikap diktator dan mempunyai kepentingan dalam parti, beliau boleh untuk tidak bersetuju membenarkan pindaan perlembagaan parti supaya pemiihan dibuat di peringkat akar umbi.
"Jika Najib selaku Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tamak kuasa, beliau boleh meneruskan peraturan sebelum ini yang mana hanya perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO membuat pemilihan untuk jawatan presiden parti.
"Tetapi, UMNO dibawah kepimpinan Najib mengambil sikap terbuka pada tahun 2013 dengan membenarkan pemilihan jawatan presiden dibuat oleh akar umbi di peringkat cawangan dan bahagian.
"Inilah buktinya Najib tidak menjadikan UMNO sebagai alat untuk agenda peribadi, kalau tidak, lebih baik beliau kekalkan cara dan amalan lama untuk pemilihan jawatan presiden parti," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Usul jawatan presiden, timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan
BACA: Buka pemilihan presiden UMNO, Najib seorang yang terbuka
Berdasarkan kepada ketelusan itu kata Syed Ali, beliau melihat Najib tidak mahu UMNO dilihat oleh rakyat sebagai milik individu tertentu seperti berlaku sebelum ini sehingga ahli-ahli UMNO tidak bebas untuk bersuara.
"Hari ini, transformasi politik dilakukan Najib telah menjadikan ahli-ahli UMNO lebih kritis, matang dan berani bersuara melontarkan pandangan, saranan dan kritikan kepada kepimpinan parti.
"Saya juga melihat Najib tidak ada sebarang kepentingan peribadi dalam parti," tegasnya lagi sambil berkata perubahan itu menjadikan UMNO semakin kukuh dan dihormati.
Beliau mengulas kenyataan Najib yang dilaporkan berkata langkah membuka pemilihan jawatan Presiden UMNO kepada lebih 165,000 anggota pada tahun 2013 merupakan bukti nyata bahawa UMNO bukan milik beliau seorang malah berbeza di zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata tindakan Najib selaku Presiden UMNO menghapuskan sistem 'undi kuota' juga membuktikan keikhlasan beliau untuk melihat parti lebih terbuka dan demokratik.
Menurut beliau, tindakan tersebut juga telah menjadikan UMNO lebih demokrasi dan memberi peluang serta kesempatan kepada semua pihak untuk menawarkan diri memegang sebarang jawatan penting dalam parti.
"Lebih 160 ribu ahli-ahli UMNO diberi kebebasan membuat pilihan, inilah transformasi politk yang amat berjaya yang telah dilakukan oleh Najib, sejajar dengan prinsip demokrasi.
"Secara tidak langsung, ahli-ahli UMNO yang kini mencecah melebihi 3 juta orang memdapat pengiktirafan daripada Najib untuk membuat pilihan dalam menentukan kepimpinan parti.
"Sebelum ini (2013), pemilihan dibuat di Perhimpunan Agung UMNO dan menerusi sistem kuota, inilah juga kemungkinan menularnya amalan politik wang yang hanya merosakkan parti," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, serangan fitnah dan politik provokasi dilakukan pembangkang hanya akan memudaratkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Beliau kesal kerana pembangkang semakin agresif menyebarkan propaganda berunsur fitnah dan provokasi untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO termasuk Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, beliau mahu seluruh ahli-ahli UMNO menyekat penyebaran fitnah dan provokasi tersebut bagi memastikan rakyat tidak berada dalam keadaan keliru.
"Kita (UMNO) kena berusaha bagi memastikan rakyat bersama kita pada PRU akan datang, UMNO dan BN perlu bangkit dengan segala kekuatan untuk menangkis ancaman tersebut," tegasnya.
Astro Awani
Tue Aug 15 2017
SYED ALI: Datuk Seri Mohd Najib tiada kepentingan peribadi dalam UMNO apabila mengambil keputusan membuka peluang untuk pemilihan jawatan presiden. - Gambar fail
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.