awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap terima kasih atas kemenangan BN

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2016
16:53 MYT
PM ucap terima kasih atas kemenangan BN
NAJIB: Walaupun kerajaan sering berdepan fitnah yang bermotifkan politik, namun parti itu tetap menang besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada rakyat kerana terus memberi kepercayaan kepada parti itu.
Menurut beliau yang juga Perdana Menteri, walaupun kerajaan sering berdepan fitnah yang bermotifkan politik, namun parti itu tetap menang besar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
"Kita amat berbesar hati dengan keputusan ini. Keputusan rasmi kita di Kuala Kangsar ialah 6,969 berbanding 1,082 pada pilihan raya umum 2013.
"Dan 9,191 di Sungai Besar berbanding 399 pada 2013," katanya menerusi satu kenyataan di blog najibrazak.com, Sabtu malam.
Beliau turut menyifatkan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkempen untuk pembangkang bermotifkan kepentingan peribadi dan bukan untuk negara.
Kemenangan di kedua-dua Parlimen itu dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan lalu menunjukkan rakyat semakin memberi keyakinan kepada BN.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jentera BN, yang dipimpin baik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi‎. BN berjaya kerana kita bekerja sebagai satu pasukan," katanya.
Justeru, katanya sebagai perdana menteri, beliau akan terus mengutamakan rakyat dan mengotakan janji-janji yang diberikan kerajaan.
BN pada Sabtu berjaya mengekalkan kerusi di kedua-dua Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi telah menewaskan dua calon lain dengan majoriti 9,191 meraih jumlah undi sebanyak 16,800 undi.
Manakala di Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 6,969, meraih jumlah undi sebanyak 12,653 undi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Kuala Kangsar
#Najib Razak
#PRK
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan