KUALA LUMPUR: PILIHAN untuk melihat pembubaran Parlimen tidak menjadi keutamaan ketika ini, tetapi kedudukan boleh berubah jika Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mempunyai alasan bahawa Perdana Menteri sudah mendapat majoriti atau mahukan pertukaran baton kepimpinan itu disegerakan.
Menurut penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian, ini adalah kerana pembubaran Parlimen bergantung kepada budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dengan inisiatif oleh Perdana Menteri sebagai mana termaktub dalam Artikel 40 (1) Perlembagaan.
“Yang Di-Pertuan Agong boleh sama ada untuk menerima atau menolak nasihat tersebut.
"Isu Parlimen, isu Perlembagaan dan isu kedudukan Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh kita pinggirkan dalam konteks perbincangan transisi kepimpinan selagi Perdana Menteri menerima sokongan majoriti kecil.
“Kedudukan beliau (Perdana Menteri) tidak tergugat tetapi jika wujud keadaan tertentu seperti peletakan jawatan, kematian ataupun kehilangan sokongan dari parti gabungan beliau sendiri, maka isu itu boleh menyebabkan Yang Di-Pertuan Agong merasakan perlunya pelantikan Perdana Menteri baharu,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Khamis.
Sivamurugan juga menyifatkan kuasa pejabat Perdana Menteri amat besar dan amat signifikan dalam menghalusi isu peralihan kuasa.
Katanya, isu ini perlu dimuktamadkan segera lantaran keadaan tidak menentu dan tidak stabil dan ia boleh berpanjangan.
Namun, dalam masa sama Sivamurugan optimis isu transisi kepimpinan negara dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Beliau turut mengambil contoh peralihan kuasa yang pernah berlaku antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober 2003.
Jelasnya, rakyat mahu melihat transisi seperti itu berlaku dengan lancar dan tersusun dalam konteks peralihan kuasa ini.
Mengenai sama ada kerajaan harini dilihat seperti gagal menunjukkan hala tuju ekonomi negara yang jelas, Sivamurugan berkata, politiking secara berterusan boleh menggugat bukan sahaja dalam kawasan politik tapi juga hala tuju ekonomi.
Tambahnya, apa lagi faktor Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ketika ini berada pada kedudukan terendah walaupun waktu yang sama agenda Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 diperkenalkan.
“Jadi, mungkin ramai mengambil sikap berhati-hati dan mahu keadaan yang lebih jelas kerana lebih peka kepada persekitaran politik yang kondusif kepada perubahan yang sedang berlaku.
“Malahan bagi saya rakyat sudah mula merasa bosan dan muak dengan isu ini, terutamanya isu kepimpinan kerana yang perlu diutamakan adalah bagaimana untuk menangani isu kos sara hidup, isu kesejahteraan dan isu kehidupan berukun.
“Jadi selagi terhimpit dengan isu peralihan kuasa, selagi itu kita akan terus berhadapan dengan polemik-polemik dari sisi kepercayaan dan persepsi seolah-olah krisis kepimpinan sedang dihadapi oleh kerajaan secara halus dan senyap,” jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) yang menggesa kerajaan supaya membubarkan Parlimen sekiranya isu peralihan kuasa gagal dimuktamadkan.
Ia berikutan isu perubahan sistem pilihan raya dari sistem pemenang undi terbanyak (FPTP) kepada sistem perwakilan berkadar (PR) untuk kerusi parlimen masih terlalu jauh untuk dilaksanakan berbanding peralihan kuasa , seperti yang dijelaskan oleh MPN.
Isu peralihan kuasa telah menjadi polemik sekian lama selepas lebih setahun PH menguasai Putrajaya.
Terdapat desakan yang meminta Dr Mahathir segera mengumumkan tarikh menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr Mahathir dalam beberapa siri wawancara dengan media antarabangsa ada menyebut, beliau akan berpegang pada janjinya untuk menyerahkan kuasa menerajui negara kepada Anwar seperti yang dipersetujui sebelum PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018.
BACA: Bubarkan parlimen jika isu peralihan kuasa gagal muktamad - MPN
Najmi Syahiran Mamat
Thu Feb 13 2020
Isu peralihan kuasa telah menjadi polemik sekian lama selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.