awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPBM beri bayangan mengetuai Pakatan Harapan

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2017
00:46 MYT
PPBM beri bayangan mengetuai Pakatan Harapan
MUHYIDDIN: Gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu. - Gambar fail
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi bayangan mahu menjadi parti utama yang akan mendokong perjuangan Pakatan Harapan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting bagi memastikan pakatan tersebut dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat.
“Paling penting ialah untuk melihat bahawa gabungan parti baharu ini adalah berteraskan Melayu dan parti PPBM antara parti utama yang akan mendokong perjuangan parti dalam gabungan harapan ini.
“Kita hendakkan supaya gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya adalah Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam Pakatan Harapan akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita, ini penting supaya rakyat yakin,” katanya ketika berceramah di Kota Kiri, di sini, pada malam Sabtu.
Beliau turut memberitahu perkara itu akan dibicangkan bersama-sama kepimpinan parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
“Satu atau dua hari lagi kita akan berbincang bersama-sama, ini cuma pandangan peribadi saya kalau tuan-tuan kata okay saya akan bawakan perkara ini.
“Kita nak berpakat atau berbincang dengan pimpinan-pimpinan dalam barisan Pakatan Harapan dan kita nak minta supaya untuk menentukan satu kedudukan kita yang boleh dikatakan dihormati,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Melayu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#politik
#PPBM
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan