Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam gabungan itu.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, PH juga akan didaftarkan secara rasmi serta mewujudkan manifesto dan logo baharu.

"Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), yang bermesyuarat pada hari ini telah memutuskan, dengan sebulat suara untuk menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota Pakatan Harapan.

Kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan

"Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

"Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," memetik kenyataan susulan Mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung di Parlimen hari ini.

Menandatangani kenyataan media tersebut adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.