awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi UMNO semakin buruk, KJ akui hampir menangis!

Shafizan Johari
Shafizan Johari
27/09/2018
06:09 MYT
Prestasi UMNO semakin buruk, KJ akui hampir menangis!
"Lihat sahaja keputusan beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, lihat sahaja prestasi kita!", tanya KJ.
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengakui hampir menangis apabila mendapat tahu Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed mengambil keputusan meninggalkan UMNO.
Bekas calon Presiden UMNO itu mengakui amat rapat dengan Mustapa atau mesra dengan panggilan Tok Pa dan mengakui tidak pernah diberitahu (Tok Pa) mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti pembangkang itu.
“Sebab utama saya mahu selamatkan UMNO dan kekal dalam UMNO adalah disebabkan kehadiran individu seperti Datuk Seri Mustapa dan apabila beliau meninggalkan parti, ia mewujudkan ruang kosong kepada parti,” jelasnya semasa ditemu bual menerusi rancangan 'The Breakfast Grille' yang disiarkan BFM pagi tadi.
“Saya sedih kerana bukan sahaja kita kehilangan sinar harapan dalam parti tetapi juga kehilangan rakan sekutu yang faham pandangan ‘centrist’ dan identiti sebenar UMNO.
Jelas Khairy, beliau bersetuju dengan Tok Pa mengenai UMNO yang berhadapan dengan defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat, malah beliau percaya UMNO berada pada kedudukan yang lebih buruk berbanding ketika parti itu kalah pada Pilijan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Jelasnya, walaupun rakyat semakin kritikal terhadap kerajaan tetapi ia tidak diterjemah kepada peningkatan sokongan untuk UMNO.
“Lihat sahaja keputusan beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, lihat sahaja prestasi kita!”.
Rakaman penuh temubual ini boleh diperoleh menerusi aplikasi BFM 89.9.
Topic Berkaitan
#calon
#kerajaan
#Khairy Jamaluddin
#Mustapa Mohamed
#Parlimen
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#presiden
#rakyat
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan