Tutup

PRK Cameron Highlands: Calon Bebas mahu perubahan mampan

PRK Cameron Highlands: Calon Bebas mahu perubahan mampan
Calon Bebas, Wong Seng Yee (dua, kiri) mahukan perubahan mampan dilakukan di Cameron Highlands. -Astro AWANI
TANAH RATA: Dua calon Bebas yang merupakan anak tempatan Cameron Highlands akan berentap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 yang akan diadakan pada 26 Jan ini.

Bekas pensyarah, Sallehudin Ab Talib, 61, menggunakan logo buku, membawa misi utama iaitu untuk membuat perubahan kepada kehidupan peneroka Felda.

Beliau yang juga merupakan generasi kedua Felda menyuarakan kerisauan tentang isu-isu yang menimpa peneroka.

"Saya juga mahu mempertahankan orang ramai, terutama pesara tentera, perkampungan tradisional Melayu dan perkembangan sosio-ekonomi bagi Komuniti Orang Asli yang jauh ketinggalan termasuk daripada segi pendidikan," katanya kepada wartawan di SMK Tanah Rata pada Jumaat.
Seorang lagi calon Bebas menggunakan logo cangkul sebagai simbolik kepada kerjayanya sebagai seorang peladang, Wong Seng Yee, mahukan perubahan mampan dilakukan di Cameron Highlands.

Beliau hadir menghantar borang pencalonannya pada Sabtu dengan berpakaian seperti seorang peladang, yang memakai topi jerami dan but getah berwarna kuning.

"Ini satu pilihan raya kecil sahaja. Saya akan bersuara untuk alam sekitar, komuniti peladang, sektor pelancongan serta komuniti Orang Asli," katanya.

Awal tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR umumkan pertandingan empat penjuru bagi PRK ini yang melibatkan Manogaran daripada PH, Ramli Md Nor (Barisan Nasional) dan dua calon Bebas, Wong Seng Yee dan Sallehudin Talib.
Hari pengundian awal ditetapkan pada 22 Januari yang akan melibatkan 247 pengundi awal daripada jumlah keseluruhan pengundi 32,009.

PRK Cameron Highlands diadakan selepas penyandangnya Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan bertanding atas tuduhan rasuah.

Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan M Manogaran (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU-14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.



Tag: Felda, pilihan raya kecil, Sallehudin Ab Talib, calon Bebas, P078, peneroka, perkampungan tradisional Melayu, SMK Tanah Rata


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.