Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti kelayakan Datuk C Sivarraajh untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Port Dickson selepas mendengar keputusan Mahkamah Pilihan Raya.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata demikian berhubung kenyataan Presiden MIC SA Vigneswaran semalam bahawa mantan Ahli Parlimen Cameron Highlands itu antara calon yang dikenal pasti bagi kerusi Parlimen tersebut.

“SPR sedang meneliti lebih lanjut laporan oleh Yang Arif Hakim Pilihan Raya berhubung kelayakan tersebut dan kita sekarang sedang menunggu nasihat undang-undang berkenaan perkara itu.

"Kita akan umumkan sebelum hari pencalonan,” kata Azhar Azizan.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi mengumumkan kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal dan tidak sah.

Ia selepas calon DAP, M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan Calon MIC Sivarraajh (Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Sivarraajh antara lain didapati bersalah memberi suapan kepada pengundi Orang Asli dalam pilihan raya berkenaan.