awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK P. Pauh: Guna kekuatan sendiri untuk rampas Permatang Pauh - Reezal

Bernama
Bernama
26/04/2015
09:33 MYT
PRK P. Pauh: Guna kekuatan sendiri untuk rampas Permatang Pauh - Reezal
REEZAL: PRK P. Pauh: Guna kekuatan sendiri untuk rampas Permatang Pauh - Gambar fail
Kemelut antara PAS kawasan Permatang Pauh dan PKR tidak akan menjadi faktor utama kepada UMNO bagi mengukur kekuatan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata apa yang lebih penting kepada parti itu buat masa ini adalah menggunakan kekuatan sedia ada untuk merampas semula kerusi itu.
"Biasalah bila kita masuk gelanggang kita kena lihat kekuatan kita dan pada masa yang sama kita juga kena tahu kekuatan musuh. Tetapi dalam hal ini yang menjadi lebih utama adalah kekuatan kita.
"Sama ada mereka (pembangkang) buat pusingan U ker atau O, ia bukan faktor utama kita. Biar rakyat yang menilai. Seperti Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebutkan sebelum ini kita sebagai 'underdog' (bukan pilihan), jadi kita kena berkelakuan seperti 'underdog'.
"Kita kena lebih merendah diri, turun ke bawah jumpa masyarakat merayu mereka untuk beri peluang kepada BN kali ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Reezal Merican berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PAS kawasan Permatang Pauh yang membuat 'pusingan U' apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka malam tadi untuk memberi sokongan penuh kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu sokongan PAS terhadap calon PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh timbul apabila PAS kawasan Permatang Pauh meluluskan usul menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Ia juga mahukan PKR memohon maaf secara terbuka untuk mendapat sokongan PAS kawasan itu pada PRK berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow menyifatkan kemelut itu sebagai wayang politik antara PAS dan PKR.
Beliau berkata kemelut yang melanda itu menggambarkan bahawa parti-parti komponen (PAS-DAP-PKR) dalam pakatan rakyat gagal menyelesaikan sesuatu isu berbangkit walaupun mereka berada dalam kelompok yang kecil.
"Satu gabungan politik dengan tiga parti sahaja, itu pun tak boleh bersetuju atas isu dasar. Apatah lagi dalam BN ada 14 parti...kita ada bertengkar tapi untuk kepentingan dan keperluan rakyat kita boleh berkompromi bagi menghasilkan satu keputusan mewakili semua," katanya.
Teng turut menyeru rakyat untuk melihat semula kemampuan gabungan ketiga-tiga parti itu dalam memerintah negara apabila isu kecil pun masih gagal menemui jalan penyelesaian.
Topic Berkaitan
#BN
#DAP
#PAS
#PKR
#Reezal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan