"Itu yang terbaik."
Itu jawapan pengundi apabila ditanya tentang kemungkinan berlaku perubahan daripada segi kepimpinan di sini menjelang 7 Mei.
Bagi pengundi di sini, sudah tiba masanya mereka keluar daripada kepompong kepimpinan legasi penyandang kerusi ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peniaga, Rosliza Ishak, 45, berkata wakil rakyat yang akan dipilih nanti perlu sentiasa mengambil berat isu rakyat di sini.
"Ada masalah rakyat, kena turun. Jangan duduk senyap di sana (luar dari Permatang Pauh) sahaja," katanya.
Suri rumah Jamaliah Hashim, 49, berkata tidak mustahil jika legasi Anwar tidak kekal sekiranya ada pihak yang mempunyai matlamat memecah kepompong itu dan membawa perubahan kepada penduduk di sini.
"InsyaAllah, kalau kita rasa boleh untuk membuka lembaran baharu di kawasan ini.
"Kami di sini bukan mahu kesenangan; kami mahu kehidupan seperti biasa. Stabil, tiada masalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang berumur, dan tiada masalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kalau pepatah berkata 'Rumahku Syurgaku', kami juga mahu merasakan 'Kawasanku, Syurgaku'.
"Selain itu, wakil rakyat juga perlu prihatin dan pantau keadaan rakyat. Ada masalah-masalah di kawasan dia, dia akan turun. Itu yang kita nak," jelas Jamaliah.
Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menguasai kerusi itu sejak tahun 1982.
Anwar menduduki kerusi itu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995 sebelum dihukum penjara enam tahun pada 1999 setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasa.
Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian menjadi anggota Parlimen di situ pada 1999 hingga 2008 sebelum bertindak mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004.
Sementara itu, pekerja swasta Zulkifli Abdullah, 57, berkata kriteria umur calon juga memberi kesan kepada pengundi di sini.
"Kalau sekarang ni, orang akan pilih calon muda sebab mereka ada cara baru, ada potensi, dan ada kelayakan banyak.
"Kalau orang lama, mereka akan guna cara lama," ujar Zulkifli.
Zulkifli juga berkata calon yang akan bertanding harus juga ada matlamat memajukan kawasan yang diwakili bagi memenangi hati pengundi kawasan ini.
Sementara itu, bagi seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Abang Jo, 49, berkata wakil rakyat yang akan membawa suara mereka nanti harus memberikan yang terbaik kepada penduduk di sini.
"Kami tidak kisah siapa yang akan mewakili, namun kami mahu sesiapa yang mewakili suara kami perlu yang terbaik untuk Permatang Pauh," katanya.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak Petisyen Pengampunan Diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April, manakala pengundian awal 3 Mei.
Mariah Ahmad
Fri Apr 24 2015
Bagi pengundi di sini, sudah tiba masanya mereka keluar daripada kepompong kepimpinan legasi penyandang kerusi ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
Peruntukan segera RM80 juta wujud Pusat Jantung Negara di Sabah - PM Anwar
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.