awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: Peluang emas bukti kemampuan - Amanah

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
23/05/2016
05:10 MYT
PRK: Peluang emas bukti kemampuan - Amanah
Amanah yakin dapat memberi saingan jika diberi kepercayaan untuk mewakili Pakatan Harapan untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut. - Gambar fail
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan peluang 'keemasan' bagi Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menguji kemampuan di arena politik Semenanjung Malaysia.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata partinya yakin dapat memberi saingan jika diberi kepercayaan untuk mewakili Pakatan Harapan untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut.
"Kami sudah mencuba di Sarawak dan walaupun Amanah tidak memenangi mana-mana kerusi tetapi ada beberapa calon kami yang tidak hilang deposit.
"Ada juga calon dari parti yang berpuluh-puluh tahun tetapi hilang deposit juga," kata Anuar, merujuk kepada wakil dari parti-parti pembangkang yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak awal bulan ini.
Anuar ditemui selepas mesyuarat pengurusan parti di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Apabila ditanya pendirian Amanah sekiranya tidak dipilih untuk bertanding, Anuar berkata pihaknya akan berpegang kepada keputusan yang dicapai secara konsensus.
"Walau apapun keputusan yang bakal dicapai, sekiranya ia adalah persetujuan secara konsensus, Amanah akan mematuhi dan menghormatinya," kata Anuar.
Sehingga kini, masih belum ditetapkan bila Pakatan Harapan akan mengumumkan calon-calonnya bagi PRK yang akan diadakan serentak pada 18 Jun ini.
Menurut Anuar, keputusan tersebut hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan diadakan dalam hari-hari yang akan datang.
Topic Berkaitan
#Amanah
#anuar tahir
#Kuala Kangsar
#PRK
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan