Kepimpinan PKR beri jaminan penduduk Port Dickson akan berterima kasih di atas kesediaan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Laksamana Pertama (B) Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden parti, Rafizi Ramli berkata, Danyal Balagopal telah memberi jaminan beliau akan terus berkhidmat kepada penduduk di situ, dan pada masa yang sama, sokongan akan lebih banyak diterima memandangkan Anwar bakal menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

"Apabila Datuk Danyal membuat keputusan untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar, keputusan itu datang dengan kerelaan beliau untuk berkhidmat di bawah walaupun bukan sebagai ahli Parlimen lagi.

“Dengan adanya full backing oleh Prime Minister-in-waiting, penduduk di Port Dickson boleh dikira the luckiest dari segi service...you have Prime Minister-in-waiting, dan ada the best team to service them on the ground,” katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, hari ini.

BACA: Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim

BACA: PRK Port Dickson: BN akan tentukan dalam masa terdekat


Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai pandangan bahawa pengosongan kerusi secara mendadak itu boleh diibaratkan sebagai pengkhianatan terhadap pengundi tempatan, memandangkan mereka terpaksa melalui proses pilihan raya sekali lagi.

Rafizi menjelaskan, masyarakat harus mengerti bahawa mandat yang diberikan terhadap parti yang menang bukan sahaja dari aspek menjaga kebajikan dan kesejahteraan penduduk, tetapi juga mandat untuk mengangkat agenda parti.