awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRM umum tanding satu kerusi Parlimen, tiga Dun di Kedah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2018
10:18 MYT
PRM umum tanding satu kerusi Parlimen, tiga Dun di Kedah
Mohd Hashim (empat, kanan) bersama Chow Kang (tiga, kiri) dan Kang Yap (tiga, kanan) ketika turun padang berjumpa pengundi di Jalan Putra. - Foto Sinar Harian
Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dun di Kedah.
Calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Kulim adalah Lee Ah Liong, yang turut dicalonkan bagi kerusi Dun Kulim. Manakala Timbalan Pengerusi PRM Kedah, Tan Kang Yap (Dun Kota Darulaman) selain Tan Khee Chye di Dun Bakar Arang.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PRM Kedah, Mohd Hashim Saaludin pada program berjumpa pengundi dan mengedarkan risalah di pasar pagi, Jalan Putra. Hadir sama, Pengerusi PRM zon Utara, Tan Chow Kang.
Mohd Hashim berkata, setakat ini, hanya empat kerusi diumumkan dan jumlah itu kemungkinan akan bertambah sebelum hari penamaan calon.
“Kita akan umum jumlah kerusi ditandingi sepenuhnya sebelum 28 April. Walaupun jumlahnya agak kecil dan tak mampu jadi kerajaan negeri, PRM mahu jadi sebahagian daripada parti alternatif dalam PRU14,” katanya.
Menurutnya, parti itu mahu berperanan sebagai semak dan imbang dalam kerajaan negeri, selain menjadi pendesak ketika mengambil bahagian dalam persidangan Dun Kedah.
“PRM akan menjadi alternatif jika pengundi tidak mahu undi BN atau Pakatan Harapan atau Pas,” katanya.
Mohd Hashim berkata, antara manifesto PRM Kedah adalah penjimatan perbelanjaan negeri, di mana wakil rakyat yang dilantik kelak mesti berkhidmat selama dua penggal bagi membolehkan diberikan elaun pencen, selain elaun tertentu disemak semula.
“Lebihan dana akan disalurkan kepada pegawai tadbir yang memerlukan, selain wakil rakyat berperanan sebagai ejen pencegah rasuah kalangan ahli politik. Sektor pelancongan dan ekonomi penduduk setempat dan peniaga juga akan diberi penekanan,” katanya.
Menurutnya, PRM sudah muak dengan sistem pemerintah kerajaan BN, kerana didakwa tidak telus dalam pentadbirannya.
“Amat pelik, apa yang berlaku kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama, termasuk beliau juga adalah Pengerusi syarikat milik kerajaan, keputusan dibuat oleh individu yang sama. Ini tidak akan berlaku jika kita diberikan mandat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kedah
#kerusi DUN
#kerusi Parlimen
#Lee Ah Liong
#Parti Rakyat Malaysia
#pilihan raya umum
#PRM
#PRU14
#Tan Kang Yap
#Tan Khee Chye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan