Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana projek ECRL yang membabitkan pembinaan laluan rel sejauh 688 kilometer merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bernilai RM55 billion itu merupakan satu pembaziran.
"Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 14 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan.
"Kita akan mengkaji semula projek ECRL sama ada perlu atau tidak. Jika tidak (diperlukan), henti setakat yang dah buat sahaja," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Bicara Bersama Tun M Siri2.0: Cabaran Ekonomi Anak Muda anjuran Akademi Siasah Anak Muda (Aksi Muda), di sini pada Ahad.
ECRL merupakan projek transformasi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara terutamanya di wilayah Pantai Timur apabila siap pada 2024.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau 'tidak boleh terima' manifesto Pakatan Harapan yang mahu mansuhkan tol sekiranya menang PRU14 akan datang.
Mengakui ia adalah satu perbezaan pendapat dalam Pakatan Harapan, beliau berkata: "Saya ada pengalaman berkenaan tol, saya tidak boleh terima bahawa kita akan hapuskan tol.
"Kalau tiada tol kita tidak boleh maintain (selenggara), kita tak boleh luaskan jalan, kalau kita nak buat jalan baharu... syarikat swasta tidak akan buat kalau tak dapat pulangan," katanya.
Berhubung pendidikan percuma, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan tidak bercadang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya menang PRU14.
"Biasanya, benda yang 'free' (percuma) dianggap tiada harga... maka Pakatan Harapan akan menawarkan bilangan biasiswa pada semua peringkat pendidikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 01 2018
Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU 14. -Gambar fail
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Projek ECRL mungkin dihentikan jika PH menang PRU14 - Dr Mahathir
Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan akan menghentikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya menang PRU14.
Polis ambil keterangan Tun M
Beberapa pegawai polis memasuki pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Lebih 1,000 ahli keluar Perkasa
Pengaruh PPBM terhadap Perkasa menjejaskan perjuangan asalnya apabila parti itu menjalin kerjasama dengan pakatan pembangkang.