Tutup

PRU14: Rakyat mahu wakil rakyat 'people-centric', politik matang

PRU14: Rakyat mahu wakil rakyat 'people-centric', politik matang
Rakyat, yang kini semakin bijak menilai wakil rakyat, mengharapkan politik tidak condong ke arah kepartian semata-mata bagi PRU14. - Astro AWANI/Fail
PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menyaksikan anjakan paradigma politik Malaysia yang dilihat semakin matang, seiring dengan pemahaman rakyat yang kini lebih terbuka mengenai politik.

Penyediaan maklumat mengenai perkembangan politik negara yang semakin meningkat, hasil kemajuan teknologi maklumat, turut memberi impak terhadap pandangan rakyat yang kini mahukan politik yang bersifat sederhana dan tidak terlalu condong ke arah kepartian.
Satu kajian selidik oleh Universiti Malaya menunjukkan 52.9 peratus rakyat Malaysia berpendapat 'terlalu banyak berpolitik' menjadi isu penting menjelang PRU14.

Rakyat dambakan wakil rakyat 'people-centric' dan politik matang
Kajian itu melibatkan 1,500 responden di 12 kawasan parlimen tumpuan di seluruh negara.
Sebanyak 12 kawasan yang ditumpukan bagi melihat isu yang menjadi perhatian utama seluruh rakyat Malaysia menjelang PRU14.
Dapatan juga menunjukkan, 60.65 peratus responden mengenali Ahli Parlimen dan 60.84 peratus mengenali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.

Responden rakyat mengenai sama ada mereka kenal atau tidak Ahli Parlimen mereka.

Responden rakyat mengenai sama ada mereka kenal atau tidak Ahli DUN mereka.
Bagaimanapun, sebanyak 61.48 peratus rakyat tidak pernah jumpa dengan Ahli Parlimen manakala 59.74 peratus tidak pernah jumpa ADUN mereka.

Responden rakyat mengenai sama ada mereka pernah atau tidak pernah bertemu dengan Ahli Parlimen mereka.

Responden rakyat mengenai sama ada mereka pernah atau tidak pernah bertemu dengan Ahli DUN mereka.
Ini menunjukkan pengundi masa kini inginkan calon yang ikhlas dalam membantu rakyat selain bijak menyelesai masalah di peringkat nasional.

Memetik kenyataan Presiden Organisation for National Empowerment (ONE), Danni Rais, pengundi kali ini ingin melihat wakil rakyat benar-benar melaksanakan tanggungjawab. Rakyat kini semakin bijak menilai pemimpin dan sudah penat dengan wakil rakyat yang bermain politik semata-mata.

Oleh itu, seruan politik yang matang, bebas daripada sentimen kepartian menjadi tunjang utama aspirasi rakyat pada PRU14, begitu juga dengan calon yang bakal bertanding untuk mendalami semula erti asal 'wakil rakyat'.