Setiap tahun pada tarikh 11 Mei, UMNO akan meraikan ulang tahun penubuhannya.

Tahun ini, UMNO sebagai institusi parti yang tertua di negara ini menyambut ulang tahunnya yang ke-72.

Tahun lepas, sambutan ulang tahun parti politik tersebut dihadiri lebih 140,000 pejuang dan pendokong parti dari seluruh Malaysia yang bertemakan 'Penyatuan, Maruah dan Martabat Perjuangan’.

Sambutan besar-besaran itu diadakan bagi menunjukkan bahawa parti itu masih mendapat sokongan walaupun dikritik lantang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sambutan ulang tahun UMNO ke-69.

Kunjungan Astro AWANI ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seawal jam 11 pagi tadi mendapati satu doa selamat dan tahlil akan berlangsung sekitar jam 7 malam ini.

Tahun ini, tiada tema dan sambutan yang dilihat diadakan di menara parti keramat itu, yang selama ini menjadi simbolik UMNO.

Tahun ini, tiada tema dan sambutan yang dilihat diadakan di menara 70 tingkat itu, yang selama ini menjadi simbolik parti UMNO.
Sambutan Hari UMNO yang ke 71 yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil



umno
Sambutan Hari UMNO ke 69 di PWTC