awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi disaran ikut saluran betul - Khairuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/05/2018
04:50 MYT
Rafizi disaran ikut saluran betul - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Apa sahaja yang Rafizi tidak puas hati; tolong bercakap melalui saluran parti atau Pakatan Harapan secara profesional. - Gambar Bernama
Rafizi Ramli dinasihatkan tidak mengikut selera sendiri dan membuat sebarang kenyataan mengenai isu pengumuman menteri yang boleh merugikan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Naib Presiden PKR itu seharusnya dikenakan tindakan kerana dilihat menggunakan platform media tanpa menggunakan saluran dalaman.
"Rafizi adalah Naib Presiden PKR. Apa sahaja yang dia tidak berpuas hati; bercakaplah melalui saluran parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: PKR anggap pengumuman menteri tidak muktamad - Rafizi
BACA: Wan Azizah - dari isteri TPM menjadi TPM
Sebelum ini, Rafizi menjelaskan, PKR menganggap perbincangan masih berjalan bagi pengagihan jawatan menteri dalam Kabinet dan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak muktamad.
Tegas Rafizi, sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam PH.
Tambah Khairuddin, PH mempunyai platform dan saluran dalaman parti yang sedia mendengar luahan atau apa sahaja pandangan secara tertutup.
Topic Berkaitan
#Khairuddin Abu Hassan
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#PKR
#Rafizi Ramli
#TPM
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan