Meski pun tewas dalam pemilihan PKR yang lalu, hari ini Rafizi Ramli mampu tersenyum selepas dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Ia diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan lantikan bagi parti itu.

Parti Keadilan Rakyat turut membuat pelantikan jawatan-jawatan MPP dalam satu mesyuarat hari ini bagi tempoh 2018 - 2021.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, pelantikan ini melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh pelusuk negara yang berbilang kaum, merangkumi tua dan muda, lelaki dan perempuan yang merupakan kekuatan PKR.

Berikut merupakan senarai penuh jawatan-jawatan yang diumumkan:

Naib Presiden (Lantikan): Rafizi Ramli

Naib Presiden (Lantikan): Chang Lih Kang

Naib Presiden (Lantikan) (Sabah / Sarawak): Ali Biju

Setiausaha Agung: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Bendahari Agung: Lee Chean Chung

Ketua Penerangan: Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin

Setiausaha Pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli MPP (Lantikan): Lee Khai Loon

Ahli MPP (Lantikan): Faisal Sanusi

Ahli MPP (Lantikan): Syed Ibrahim Syed Noh

Ahli MPP (Lantikan): Ryan Abdul Rahim

Ahli MPP (Lantikan): Raymond Ahuar

Ahli MPP (Lantikan): S Kesavan

Pengarah Strategi: Datuk Dr. Mansor Othman

Pengarah Komunkasi: Fahmi Fadzil

Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Seri Dr. R Santhara Kumar

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tse Tzin

Timbalan Ketua Penerangan: S Manivanan


Mesyuarat turut mencadangkan Tian Chua untuk mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Dr Lee Boon Chye mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti.