awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi, terimalah keputusan secara positif - Nurul Izzah

Bernama
Bernama
13/05/2018
10:07 MYT
Rafizi, terimalah keputusan secara positif - Nurul Izzah
NURUL IZZAH: Demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar meminta agar bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli menerima keputusan secara positif akan pelantikan tiga anggota kanan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mahu melihat rakyat optimis terhadap pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan baharu.
"Apa yang diperlukan ketika ini adalah fokus kepada rakyat menerusi kerjasama baik dalam pentadbiran.
"Sebagai kawan baik, saya begitu menghargai sumbangan yang diberikannya (Rafizi) kepada parti dan negara.
"Jadi saya minta, demi perjuangan sahabat sejati, marilah kita lakukannya secara positif dan mengatasi apa sahaja yang berlaku untuk melalui fasa baharu pembentukan kerajaan di bawah PH," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri kesyukuran sempena kemenangan rakyat Permatang Pauh di sini hari ini.
Nurul Izzah diminta mengulas mengenai kenyataan Rafizi, juga naib presiden PKR, yang mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Amanah sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir adalah tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.
Nurul Izzah berkata kenyataan lanjut berhubung perkara berkenaan akan diberikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.
Dalam pada itu Nurul Izzah turut menyifatkan komentar oleh Tan Sri Dr Rais Yatim sangat berguna.
"Saya fikir Dr Rais Yatim mengeluarkan komentar yang sangat berguna dan kita ambil kesemua komentar yang dibawa dalam hasrat untuk memastikan pentadbiran ini bertumpukan kepada rakyat," katanya.
Rais dalam catatan komentar sebelum ini menggesa Pakatan Harapan tidak mengambil remeh teguran Rafizi sebaliknya menggesa segera mengotakan janji kepada rakyat.
Rais turut dilapor berkata Rafizi telah banyak berkorban untuk Pakatan Harapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatan
#Nurul Izzah Anwar
#Pakatan Harapan
#PANDAN
#Permatang Pauh
#politik
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan