awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rais Yatim Ketua Bersatu Bahagian Jelebu

Bernama
Bernama
16/02/2020
04:14 MYT
Rais Yatim Ketua Bersatu Bahagian Jelebu
Rais mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung pada Sabtu. --fotoBERNAMA/Fai
Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim diumumkan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Jelebu bagi sesi 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri Datuk Zakaria Md Yusof berkata melalui keputusan itu, Rais mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung semalam.
Rais mengalahkan pencabarnya, Datuk Amran Sameon, yang merupakan ahli perniagaan.
Sementara itu, Zakaria berkata keseluruhan perjalanan pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung semalam, berjalan lancar.
Bersatu Negeri Sembilan, yang mempunyai lapan bahagian iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau, akan menjalankan sesi pemilihan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti Port Dickson serta Tampin.
Di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan bermula semalam dan akan berakhir pada 29 Mac depan.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Pilah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amran Sameon
#Bersatu
#Jelebu
#ketua bahagian
#mesyuarat
#Negeri Sembilan
#pemilihan
#PPBM
#Rais Yatim
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan