Satu rakaman dipercayai dirakam semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari lalu tersebar di media sosial lewat malam tadi.
Rakaman berjudul ‘Pendedahan Eksklusif Mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari 2020’ itu disiarkan di Facebook Bersatu sokong Tun Mahathir.
Dalam audio lebih dua jam itu, rata-rata semua kepimpinan PH ketika itu bertegang leher tentang peralihan kuasa antara Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi rakaman itu juga, Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan PH akan kembali menjadi pembangkang akibat daripada perpecahan dalam gabungan tersebut.
Mohamad berkata demikian sebaik sahaja Setiausaha Agung Bersatu ketika itu, Datuk Marzuki Yahya menegaskan partinya akan membuat satu keputusan sekiranya Dr Mahathir terus didesak meletak jawatan.
“Kalau Bersatu buat keputusan, Amanah buat keputusan, DAP buat keputusan berpecahlah, kita akan jadi pembangkang balik, celaru nanti,” kata rakaman berkenaan dipercayai suara Mohamad.
Dalam mesyuarat itu ada beberapa pemimpin yang mahu satu tarikh ditetapkan selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar.
Manakala beberapa pemipin lain pula dipercayai mendesak agar Dr Mahathir dibenarkan meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri selama satu penggal.
Dalam rakaman berkenaan turut dipercayai suara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden PKR dan Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu Dr Mahathir kekal hingga habis penggal dan mahu desakan meletakan jawatan harus dihentikan.
Azmin menegaskan tiada konsensus peralihan kuasa selepas Sidang APEC, malah menganggap peralihan kuasa yang mahu dilakukan tidak mengikut Perlembagaan.
“Tidak ada konsensus, bukan saya seorang sahaja tidak setuju ada banyak lagi pihak lagi. Jangan tuding jari kepada saya. Di sini banyak pandangan yang berbeza, kenapa tuding jari kepada saya,” katanya.
Syedd Saddiq pula dalam kecewa meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana banyak pihak mendesak agar disegerakan peralihan kuasa biarpun satu keputusan telah dibuat sebelum ini.
“Kita telah buat keputusan pada 23 haribulan dan ada pihak yang terlalu mendesak untuk beliau letak jawatan," tegas Syed Saddiq pula.
Audio berkenaan turut merakamkan dipercayai suara pemimpin PKR dan Bersatu seperti Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Radzi Jidin, Marzuki, Zuraida Kamaruddin dan, Tian Chua turut mahu Dr Mahathir terus menerajui kerajaan selama satu penggal.
Mereka mahu Dr Mahathir yang membuat keputusan sendiri tentang peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar.
Sementara pandangan yang dipercaya disuarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata; “Kita tidak pernah desak Tun untuk letak jawatan.”
Pertikaman lihat berterusan sehinggalah Dr Mahathir berkata, beliau akan membuat keputusan untuk tempoh peralihan kuasa antara beliau dengan Anwar selepas APEC.
“Saya akan buat keputusan selepas APEC,” kata Dr Mahathir dalam nada tegas.
Dua minggu selepas mesyuarat tersebut, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui kerjasama Bersatu, UMNO, Pas, GPS, PBS dan STAR.
Manakala Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP kembali menjadi pembangkang seperti sebelum PRU-14.
Astro Awani
Sun May 17 2020
Menerusi rakaman audio yang tular itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan PH akan kembali menjadi pembangkang akibat dari perpecahan dalam gabungan tersebut. - Gambar fail
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.