PERSIDANGAN Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga yang dijadualkan berlangsung selama 25 hari bermula dari 13 Julai sehingga 27 Ogos depan bukan sahaja akan mencuri perhatian rakyat Malaysia, malah pemerhati politik dari seluruh dunia.
Tidak pernah dalam sejarah politik negara, dikemukakan usul tidak percaya ke atas mana-mana Perdana Menteri semasa (sitting Prime Minister).
Namun, rakyat pernah menyaksikan kes undi tidak percaya dibicarakan di mahkamah sivil, iaitu luar Dewan Undangan Negeri, terhadap Ketua Menteri di Sarawak pada tahun 1966 dan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1995.
Paling akhir terhadap Menteri Besar Perak pada tahun 2010.
Usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikemukakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka diperbahaskan dalam sesi mesyuarat akan datang.
Sekiranya usul tersebut berjaya dibahaskan dan pengundian dilakukan, keputusan pengundian itu akan menjadi titik penentu terhadap jangka hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepimpinan Muhyiddin yang dibentuk pada 1 Mac 2020.
Timbul spekulasi
Dalam pada itu, sementara menunggu keputusan pengundian usul tidak percaya tersebut, pelbagai spekulasi timbul dalam medan politik negara dan antaranya kemungkinan berlakunya pembubaran Parlimen untuk mengadakan pilihan raya tergempar (snap election) dalam masa yang terdekat.
Sementara itu, rakyat menyaksikan pergolakan politik di beberapa negeri yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Kerajaan negeri yang jatuh tiba-tiba daripada PH ke tangan PN adalah kerajaan negeri yang terbentuk dengan undi majoriti tipis sejurus PRU-14.
Sebagai contoh, pada PRU-14, PH dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memperolehi 18 kerusi daripada 36 kerusi DUN di Kedah; BN mendapat 29 kerusi dan bukan BN termasuk Warisan dengan 29 kerusi daripada jumlah 60 kerusi di Sabah; PH mendapat 29 kerusi dan BN dengan 27 kerusi daripada jumlah 59 kerusi di Perak.
Selain itu PH mendapat 20 kerusi dan BN dengan 16 kerusi di Negeri Sembilan; PH mendapat 36 kerusi dan BN dengan 20 kerusi daripada jumlah 56 kerusi di Johor, PH mendapat 15 kerusi dan BN dengan 13 kerusi daripada jumlah 28 kerusi di Melaka.
Perbezaan tipis dalam bilangan kerusi antara PH dan BN menyebabkan berlakunya kesukaran bagi PH dan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Dalam situasi ini, PH berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis apabila beberapa ahli DUN daripada BN atau bebas bertindak menyertai atau menyokong PH pada PRU-14.
Perubahan kerajaan Kedah, Melaka, Perak dan Johor berlaku ekoran beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada PH meninggalkan parti mereka dan menyertai PN atau keluar daripada PH dan mengisytiharkan diri sebagai ahli bebas.
Tindakan melompat parti segelintir ahli DUN dalam negeri-negeri tersebut menyebabkan PH hilang majoriti untuk mempertahan kuasa mereka sekali gus membuka jalan kepada PN untuk memerintah.
Sindrom melompat
Sindrom melompat parti yang berlaku di peringkat negeri baru-baru ini diandaikan akan turut meresapi sebilangan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Menjelang tempoh mengemukaan usul undi tidak percaya, beberapa ahli Dewan Rakyat dikhabarkan akan melompat dari parti asal mereka ke parti-parti yang menawarkan ganjaran menarik dan lumayan.
Fenomena lompat-melompat dijangka berterusan sehingga berlangsung sidang Parlimen kelak.
Sehubungan itu, polemik terhadap keabsahan lantikan Perdana Penteri Malaysia kelapan tidak akan berkesudahan.
Ada yang menzahirkan pendapat bahawa isu absahan terhadap lantikan Muhyiddin tidak harus timbul kerana beliau dilantik sebagai Perdana Menteri bersandarkan Perkara 43 (3) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Malaysia malah berteraskan lunas-lunas demokrasi berparlimen yang menjadi amalan Malaysia sejak merdeka.
Sebaliknya, ada pihak yang mendakwa Muhyiddin tidak memperolehi sokongan daripada wakil rakyat yang mencukupi bagi beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Apakah penyelesaian?
Parti-parti utama yang membentuk kerajaan PN dikesan bersedia menghadapi pilihan raya tergempar bagi merungkai isu-isu yang masih menghantui pemikiran sebahagian besar rakyat terhadap pelantikan kerajaan semasa.
Sekiranya pilihan raya tergempar diadakan dalam masa yang terdekat, pengundi Melayu yang mencakupi lebih 60 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar keseluruhannya dijangka menghadapi kesulitan untuk memilih wakil-wakil mereka.
Keadaan ini berlaku kerana parti-parti yang mewakili kepentingan orang Melayu dikesan berpecah belah kepada beberapa parti yang jelas akan bertarung sesama sendiri bagi merebut undi orang Melayu.
Pengundi bukan Melayu pula dijangka memilih calon-calon daripada parti-parti yang bertanding bersandarkan pengalaman politik mereka sejak PRU-14.
Dalam konteks ini, dapat dilihat bahawa pola pemikiran politik pengundi India didapati semakin berubah sejak PRU-14.
Rata-rata mereka kecewa dan muak dengan pergolakan, percaturan dan permainan politik yang berlaku sejak PRU-14.
Pengundi India yang meminggirkan diri daripada MIC sejak PRU-12, kini jelas kelihatan balik ke pangkal jalan kembali menyokong MIC di bawah kepimpinan Tan Sri Vigneswaran.
Sebahagian besar rakyat berharap alangkah baiknya kerajaan pimpinan Muhyiddin mentadbir negara sehingga masa mengembalikan mandat memilih kerajan mengikut citarasa mereka pada PRU-15.
Bahkan, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk menghormati dan menjunjung keputusan yang dibuat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, selaku ketua negara merangkap penjaga Perlembagaan Persekutuan.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Sun Jun 21 2020
Menjadi tanggungjawab rakyat untuk menghormati dan menjunjung keputusan yang dibuat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara merangkap penjaga Perlembagaan Persekutuan. - Gambar hiasan
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).