awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramalan BN hilang kerusi Parlimen: Noh Omar nafi kenyataan Muhyiddin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/09/2016
09:48 MYT
Ramalan BN hilang kerusi Parlimen: Noh Omar nafi kenyataan Muhyiddin
Noh Omar yakin dengan kesatuan yang dimiliki Barisan nasional. - Gambar fail
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar meremehkan kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti tersebut akan kehilangan 45 kerusi di Parlimen sekiranya berlaku perubahan kecil kepada sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.
"Sesiapapun boleh membuat dakwaan sedemikian," kata Noh.
Tambahnya, beliau sendiri juga yakin dengan kemampuan Barisan Nasional bukan sahaja untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas tetapi juga menambah kerusi-kerusi baharu.
"Sebagai contoh, kita lihat sahaja di Selangor, pelbagai isu membelenggu rakyat.
"Saya yakin dengan kesatuan yang kami miliki, Barisan Nasional mampu menawan semula negeri Selangor dalam PRU akan datang," kata Noh.
Beliau ditemui selepas menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Subang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh pada Ahad.
Turut hadir untuk merasmikan mesyuarat tersebut adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menjalankan tugas sebagai Pemangku Timbalan Presiden parti.
Muhyiddin sebelum ini telah mendakwa kajian yang dibuat olehnya menunjukkan BN tidak kukuh di lebih 60 kerusi Parlimen.
Selain itu, beliau mendakwa sekiranya terdapat empat peratus hayunan sokongan kepada pihak pembangkang, BN akan kehilangan sehingga 45 kerusi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerusi parti
#Muhyiddin Yassin
#Noh Omar
#perubahan kecil
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan