Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mengesahkan bahawa, pihaknya telah meluluskan permohonan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk melanjutkan pemilihan Majlis Tertinggi parti itu.

Perkara ini disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan, Surayati Ibrahim melalui kenyataan media.

"Hal ini adalah selaras dengan peruntukan Fasal 10.16, iaitu penangguhan pemilihan pada peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian, dan Cawangan yang tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan.

UMNO telah menetapkan, 19 April 2018 sebagai tarikh pemilihan tersebut diadakan.

Pihak ROS turut memberi peringatan kepada semua parti politik dan pertubuhan berdaftar agar, menjalankan urusan-urusan mengikut peruntukan perlembagaan berdaftar dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355).