awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ROS didesak ambil tindakan segera aduan anggota PPBM

Bernama
Bernama
11/02/2018
20:31 MYT
ROS didesak ambil tindakan segera aduan anggota PPBM
Arjuna Putra menunjukkan senarai nama pengadu dan cakera keras yang mengandungi bukti pada sidang media mengenai kemelut masalah dalaman PPBM di Villa Casa Bianca, Kluang, 11 Feb, 2018. - BERNAMA
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) didesak mengambil tindakan segera terhadap aduan dikemukakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkaitan perlembagaan parti itu, sejak Oktober lepas.
Bekas Penyelaras PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, terdapat lebih 400 aduan dikemukakan anggota parti itu di seluruh negara, namun masih belum diambil sebarang tindakan oleh ROS dalam masa empat bulan ini.
"Jika (masih) tiada penyelesaian, saya bersama semua pengadu akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat ROS," katanya di sini, pada Ahad.
Arjuna Putra turut menyifatkan PPBM sebagai sebuah parti koboi kerana gagal menyelesaikan perlembagaan parti.
Katanya aduan yang dikemukakan kepada ROS membabitkan lima perkara iaitu pelaksanaan mesyuarat agung (AGM) parti itu, yuran keahlian, pendaftaran keahlian tanpa pengetahuan penama, ketua bahagian yang dilantik merupakan kroni pemimpin tertinggi dan kegagalan parti mengemukakan penyata kewangan.
"Saya juga ada menyimpan bukti percakapan (pengadu) dalam cakera keras (hard disk) selain maklumat peribadi pengadu, namun ia akan terus kami simpan bagi mengelak ia 'hilang' sebelum dihantar kepada ROS dalam tempoh 10 hari lagi," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Arjuna Putra Ali
#parti koboi
#PPBM
#ros
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan