Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO bakal mencipta sejarah apabila parti itu buat pertama kalinya akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 yang dijadual pada September ini.
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata peratusan memenangi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti tempatan itu akan lebih tinggi apabila logo parti diguna pakai.
"Kita pertama kali dalam sejarah la kita akan gunakan logo UPKO. Ini kita telah persetujui dengan rakan kita di Warisan.
"Sebab pertama logo UPKO itu banyak nilainya dan peluang kita menang jauh lebih baik jika kita pakai logo kita sendiri sebagai parti tempatan. Malah kepimpinan UPKO juga mahu dilihat sebagai parti yang baru dijenamakan semula," katanya yang ditemui Astro AWANI.
UPKO merupakan antara parti politik tertua di Sabah sebelum ini berpayung di bawah satu logo dan telah melalui fasa penjenamaan semula pada awal tahun ini.
Menurut Madius selain penggunaan logo, parti itu turut telah memuktamadkan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi termasuk kerusi-kerusi baharu yang diyakini boleh dimenangi UPKO.
Selain calon boleh menang, beliau menegaskan kriteria yang ditetapkam parti itu adalah faktor kesetiaan kepada parti dan kefahaman tentang objektif penubuhan UPKO.
"Bagi kita UPKO ini, kita lihat kepada dua perkara, yang pertamanya menang dan kita mahu calon yang terbaik untuk menang.
"Kalau dia sudah menang jangan lari mesti setia dan inilah yang kita perincikan dan kedua yang lima kerusi itu memang sudah diputuskan.
"Jadi perundingan ini begitu, bagi pendirian UPKO itu pendekatan kita, bukan semata-mata untuk bertanding kerana memenuhi selera parti atau calon, niat kita mahu menang dan menubuhkan kerajaan dan pada masa sama kita mahu lihat rakan-rakan kita pun begitu,” tegasnya
Dalam pada itu Madius turut mendedahkan mengenai cadangan UPKO kepada gabungan melibatkan beberapa parti yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.
Madius mencadangkan agar parti-parti terbabit bertanding menggunakan logo parti tempatan kerana diyakini sentimen rakyat Sabah akan lebih menguatkan sokongan rakyat terhadap gabungan itu pada PRN nanti.
"Parti-parti yang berasal dari Semenanjung ini dalam perbincangan kita elok dia pakai logo parti tempatan la, nanti susah jika mahu menjelaskan,” katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Aug 22 2020
Parti UPKO memutuskan akan menggunakan logo parti sendiri pada PRN Sabah kali ini.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi
Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema serta logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.
PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu
Majlis Presiden PH berkata perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat bulanan mereka pada Rabu.
PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim
Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN
Pas tidak berniat untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat cadangan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU15.
PRN Johor: Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi
Isu penggunaan logo parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diselesaikan secara baik dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
PRN Johor: Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan
Keputusan PH membenarkan PKR menggunakan logo sendiri manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH pada PRN Johor memberi gambaran seolah-olah wujudnya keretakan.
PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak
MSU melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara "mutaghyyirat" (boleh berubah) dan bukannya perkara "thawabit" (yang tetap).
Parti pembangkang di Sabah, Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU15 - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, parti-parti terbabit boleh berbuat demikian tanpa menggunakan logo rasmi PH.