Datuk Seri Mohd Shafie Apdal harus menyalahkan dirinya sendiri berbanding orang lain memandangkan pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar suatu ketika dahulu.
Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika menjawab dakwaan yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah itu berhubung kegagalan pemimpin terdahulu, termasuk ayah Najib sendiri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, dalam membangunkan negeri Sabah.
"Dia tak boleh salahkan orang lain, waktu dia jadi menteri luar bandar diluluskan satu peruntukan yang besar, saya dimaklumkan lebih kurang RM35 bilion telah diletakkan sepanjang tempoh jadi menteri luar bandar.
"Apa alasan dia bila projek Lebuhraya Pan Borneo terbengkalai hari ini; itu diluluskan kerajaan Persekutuan untuk rakyat Sabah. Sepatutnya Pan Borneo sudah siap hari ini kalau BN berkuasa," katanya.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kempen ceramah Bossku di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Enam, Kalatuan, Kimanis, malam tadi.
Hadir sama adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon BN PRK Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.
Sebelum ini, dalam beberapa kenyataan media, Mohd Shafie menempelak pemimpin BN yang sering menyalahkannya kerana gagal membangunkan Sabah ketika menjawat jawatan penting dalam kabinet dahulu.
Ruzaini Zulkepli
Sun Jan 12 2020
Najib ketika disambut warga Sabah ketika kempen ceramah Bossku pada Sabtu. -Astro AWANI
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
'Salahkan diri sendiri, jangan salahkan orang lain' - Najib tegur Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal harus menyalahkan dirinya sendiri berbanding orang lain memandangkan pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar suatu ketika dahulu.