Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Salleh mohon sertai semula UMNO - Bung Moktar

Salleh mohon sertai semula UMNO - Bung Moktar
Surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lepas. Gambar fail
KOTA KINABALU: UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lepas.
"UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah memanjangkannya (permohonan) itu kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan dan diperhalusi ...(sedang dalam) proses diberi pertimbangan dan kelulusan.

"UMNO Sabah terbuka iaitu kita membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli dan pemimpin daripada mana-mana parti termasuk daripada UMNO dahulu yang ingin kembali (menyertai UMNO semula), kita terima," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Beliau mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018.

-- BERNAMA


Tag: Salleh Said Keruak, UMNO, PKR, Ketua Menteri, majlis tertinggi, menteri



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.