awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salleh selar pembangkang lancarkan kempen anti-Rosmah

Bernama
Bernama
15/06/2017
23:42 MYT
Salleh selar pembangkang lancarkan kempen anti-Rosmah
Salleh berkata Pakatan Harapan sebenarnya cuba mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia daripada kekeliruan mereka mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri mereka. - Gambar fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang melancarkan semula kempennya memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata pembangkang telah menyebarkan cerita-cerita rekaan yang tidak disokong oleh sebarang bukti dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Rosmah.
"Malah, banyak atau cerita-cerita berkenaan telah dibuktikan palsu apabila ia mula disebarkan beberapa tahun lepas. Jadi, sekali lagi, Malaysia dihidangkan dengan pesta pembohongan," katanya dalam catatan di blog beliau www.sskeruak.blogspot.my pada Khamis.
Salleh berkata Pakatan Harapan sebenarnya cuba mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia daripada kekeliruan mereka mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri mereka.
Beliau menambah Pakatan Harapan kini berada pada tahap paling kritikal dalam kitaran hayatnya yang amat singkat, dan akan berkubur sama seperti Pakatan Rakyat, jika mereka gagal menyelesaikan perkara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cerita rekaan
#kempen
#memburuk-burukkan
#pembangkang
#Rosmah Mansor
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan