POLITIK
'Sang puteri', 'Hang Tuah' berdebat malam ini!

Nurul Izzah akan menerangkan sepenuhnya soal kemelut dalaman parti itu dalam Debat Pemilihan PKR anjuran Astro AWANI pukul 9 malam ini. -Gambar fail
Puteri Reformasi yang merupakan penyandang kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar berjanji akan menerangkan sepenuhnya soal kemelut dalaman parti itu dalam Debat Pemilihan PKR anjuran Astro AWANI pukul 9 malam ini.
“Ini pemilihan dalam ‘keluarga’, saya amat teruja kerana malam ini saya ada debat, debat Naib Presiden PKR di Astro Awani,” kata Nurul Izzah kepada pemberita selepas diajukan soalan mengenai senario 'ribut dalam secawan kopi' menjelang pemilihan PKR.
Astro AWANI bakal menampilkan empat daripada 12 calon Naib Presiden dalam satu sesi debat secara langsung di saluran 501 dan www.astroawani.com/live-tv pukul 9 malam ini.
Ketua Whip Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut bersetuju untuk bersama dalam debat tersebut.
Beliau turut sifatkan ia perkara biasa dalam mempraktikan sistem demokrasi.
Namun, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada masa sama menafikan wujud dua kem yang diketuai beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami